BUKIT GANTANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memperluaskan platform jualan untuk mengedarkan ikan segar dan sejuk beku secara dalam talian di seluruh negara tahun hadapan.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya telah meminta Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang mempunyai kemampuan, untuk melaksanakan pengedaran ikan segar itu dalam usaha menangani monopoli orang tengah.
Beliau berkata jualan dalam talian itu dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan, dengan menjual terus kepada pengguna, lebih-lebih lagi pada ketika permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku meningkat terutamanya daripada pengguna di kawasan bandar.
"Nelayan boleh terus hantar ikan segar kepada pengguna dalam tempoh dua hingga tiga hari, kerana pengguna di bandar mahukan ikan yang segar.
"Kita mempunyai 87 PNK yang boleh melaksanakan jualan ikan segar itu," katanya pada sidang media selepas Program Penyerahan Bantuan Input Tanaman Kontan sebanyak RM71,000, kepada peserta program tanaman kontan di Kampung Permatang Raja dekat sini hari ini.
Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata setakat ini Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), sudah melaksanakan pengedaran ikan segar sejuk beku secara dalam talian dan ia mendapat sambutan menggalakkan.
Beliau berkata ia merupakan kaedah perniagaan baharu yang perlu diceburi para nelayan pada zaman teknologi maklumat.
Sementara itu, Syed Abu Hussin berkata LKIM memperuntukkan RM4.6 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk membantu 2,500 nelayan, bagi memajukan tanaman kontan di seluruh negara hingga 2025.
Menurut beliau nelayan boleh melaksanakan projek tersebut secara profesional, kerana LKIM akan memberikan bantuan modal awal bagi melaksanakannya.
"Sebelum ini LKIM memberikan modal sebanyak RM1,000 untuk orang perseorangan dan jumlah itu dinaikan kepada RM2,000 untuk dilaksanakan secara berkelompok sejak 2020," katanya menambah banyak tanah terbiar boleh dimajukan secara sewa dan tanaman boleh dibuat secara fertigasi kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas.
Menurut Syed Abu Hussin program itu bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah nelayan sehingga mencapai RM10,000 sebulan.
"Cara ini dapat membantu keluarga nelayan meningkatkan taraf hidup mereka di samping mengurangkan kos sara hidup dengan memajukan tanaman kontan secara sampingan selain menjadi nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
![LKIM perluas jualan ikan segar dalam talian seluruh negara tahun depan LKIM perluas jualan ikan segar dalam talian seluruh negara tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/41468982165_Sardine.jpg)
Jualan dalam talian itu dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan, dengan menjual terus kepada pengguna, lebih-lebih lagi pada ketika permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku meningkat. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719407016_tbMohamadSabu.jpg)
RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini - Mohamad Sabu
Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711111626_FaizFadzil.jpg)
Tiada kaitan jumlah tangkapan udang dengan penambakan Pulau Silikon - LKIM
Muhammad Faiz berkata, tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan Pulau Silikon telah menjejaskan hasil tangkapan laut.
![LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/51561343900_TBIKANNAIK.jpg)
LKIM jamin bekalan, harga ikan terkawal pada Ramadan dan Aidilfitri
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan harga ikan di seluruh negara secara keseluruhannya masih terkawal dan bekalan juga mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti.
![Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705574028_AminuddinHarun.jpg)
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.
![UMTJ, LKIM jalin kerjasama majukan sektor perikanan UMTJ, LKIM jalin kerjasama majukan sektor perikanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705325154_FPSMUMT.jpg)
UMTJ, LKIM jalin kerjasama majukan sektor perikanan
Menerusi kerjasama itu pembangunan sektor perikanan menerusi teknologi dron, sensor IoT dan aplikasi Super Apps akan diperkenalkan.
![LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703069048_FaizFadzilPengeru.jpg)
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
![LKIM bangunkan semula kolam terbiar perkasa projek pembangunan akuakultur LKIM bangunkan semula kolam terbiar perkasa projek pembangunan akuakultur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699440315_FaizFadzil.jpg)
LKIM bangunkan semula kolam terbiar perkasa projek pembangunan akuakultur
Usaha itu bagi meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein negara sekali gus menyokong program sekuriti makanan.
![Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699254754_beliikan.jpg)
Musim tengkujuh: Bekalan ikan cukup, jangan naikkan harga - LKIM
LKIM meminta pihak pemborong dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga hasil laut terutama ikan ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).
![Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695988760_MuhammadFaizFadzil.jpg)
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
![Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620986070_mematuhiProsedurOp.jpg)
Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan mencukupi
LKIM memberi jaminan bekalan ikan negara mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan.