SANDAKAN: Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.
Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.
"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terbela," kata Mohamad ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah yang bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.
Mohamad berkata tahun ini kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan, dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu, dan di Sabah 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.
"Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Mohamad berkata RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] STR Fasa 2: RM1.7 Bilion disalurkan mulai Isnin
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan disalurkan Isnin depan dengan pereuntukan sebanyak RM1.7 bilion kepada hampir sembilan juta penerima yang layak

Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap pembantu klinik
Seorang doktor mengaku tidak bersalah datas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap pembantu klinik.

Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran
Penutupan ini dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan dan perjalanan penumpang.

Seremban 'sarang' pendatang asing - Imigresen
Imigresen tidak akan berkompromi dengan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit sah, di samping memastikan tindakan tegas termasuk pendakwaan akan dikenakan kepada mereka.

Kesesakan di pusat pemeriksaan darat, tangguh perjalanan tidak penting - ICA Singapura
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menasihatkan pengembara supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting menerusi pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas.

Ketua pasukan Siri ditukar selepas kelewatan integrasi Apple Intelligence
John Giannandrea telah digantikan oleh Mike Rockwell selepas Tim Cook dilaporkan hilang kepercayaan untuk Giannandrea untuk mengetuai pembangunan produk seperti dijanjikan.

Banjir: JBPM Johor tubuhkan dua Pasukan Gerak Cepat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menubuhkan dua Pasukan Gerak Cepat

Claude kini boleh mencari maklumat di internet
Anthropic telah menambah sokongan carian internet pada Claude menggunakan model Claude 3.7 Sonnet, tetapi akses ini terhad kepada pengguna berbayar sahaja.

Threads dikemas kini untuk kawalan kandungan lebih diperibadikan
Pengguna kini boleh menambah topik sebelum berkongsi kandungan dan menetapkan siapa yang boleh membalas atau memetik kandungan tersebut.

Gmail kini papar emel paling relevan di atas apabila carian dilakukan
Algoritma baharu memberikan keutamaan kepada emel yang pernah dibuka, kekerapan dibuka, dan dihantar oleh individu yang kerap dihubungi.

LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.

Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.

LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.

Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.

Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia harap Belanjawan 2025 dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan.

LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.

Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.

LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.

Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.