GEORGE TOWN: Data Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menunjukkan tiada kaitan yang konsisten antara jumlah tangkapan udang dengan kerja penambakan Pulau Silikon di sini.
Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata data yang dikumpul di pusat-pusat pengisytiharan ikan di negeri ini menunjukkan trend turun naik jumlah tangkapan udang di kawasan penambakan dan tiada dapatan saintifik membuktikan kerja penambakan itu telah menjejaskan hasil tangkapan laut.
"Sebagai contoh, data dari Pusat Pengisytiharan Ikan LKIM Teluk Kumbar yang menjadi pusat utama bagi nelayan di Sungai Batu, jumlah tangkapan udang telah mengalami turun naik sebelum bermulanya aktiviti penambakan.
"Ini terutamanya pada awal September dan Oktober 2023 iaitu serentak dengan permulaan penambakan dijalankan, terdapat peningkatan ketara dalam tangkapan udang iaitu mencecah 3,381.07 kilogram (kg) dan 4,725.7 kg," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata pada Disember 2023, hasil tangkapan udang kekal tinggi iaitu melebihi 4,000 kg, lebih banyak berbanding jumlah pendaratan udang sebelum penambakan dimulakan.
Beliau berkata kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan projek itu tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di negeri ini boleh pergi ke laut lebih dalam yang menjanjikan hasil lebih tinggi.
"LKIM yakin pendapatan nelayan boleh dipertingkatkan bagi mengubah taraf sosioekonomi mereka jika terdapat usaha bersepadu termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan pemodenan bot kepada nelayan yang terjejas akibat projek ini," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Faiz meminta kerajaan negeri untuk memberikan perhatian dalam aspek tersebut termasuk membesarkan bot nelayan, memodenkan peralatan dan meningkatkan kemahiran dengan insentif modal serta latihan.
"LKIM juga menyarankan sesi libat urus antara kerajaan negeri dan golongan nelayan terbabit dipertingkatkan supaya penyelesaian menang menang dapat dicapai untuk kepentingan nelayan dan kerajaan Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini, Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI) mendakwa penurunan ketara dalam kadartangkapan terutamanya udang besar sejak penambakan dimulakan September lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Muhammad Faiz berkata kekurangan kawasan tangkapan akibat pelaksanaan kerja penambakan Pulau Silikon tidak menjejaskan sumber ikan di laut memandangkan nelayan Zon A di Pulau Pinang boleh pergi ke laut lebih dalam. - Gambar fail/BERNAMA
Sidang parlimen: Tumpu ekonomi digital, tipu dalam talian
Usaha pemerkasaan ekonomi digital perlu menjadi antara agenda penting yang dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan, jalan penyelesaian konkrit perlu diwujudkan untuk mengatasi isu-isu seperti infrastruktur dan penipuan dalam talian.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.
LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.
Belanjawan 2025: Tambahan peruntukan bukti komitmen kerajaan bela nasib nelayan - LKIM
Nelayan tidak pernah terpinggir daripada menerima bantuan, malah soal kebajikan komuniti terbabit sentiasa diambil berat dan diberi keutamaan.
Belanjawan 2025: LKIM harap belanjawan pacu transformasi sektor perikanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia harap Belanjawan 2025 dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan.
LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.
Belanjawan 2025: LKIM harap kerajaan teruskan inisiatif, bantuan kepada nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap kerajaan dapat meneruskan inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada nelayan sebelum ini dalam Belanjawan 2025.
LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.
Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.
LKIM saran anak nelayan kuasai kemahiran jadi tekong, persediaan guna bot besar
Muhammad Faiz berkata terdapat pusat latihan untuk melatih anak-anak nelayan itu menjadi tekong berkemahiran.