KUALA LUMPUR: Had pembiayaan Kumpulan Wang COVID-19 meningkat RM65 bilion pada November tahun lepas melalui pewartaan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021.
Menurut laporan itu pembiayaan asal adalah sebanyak RM45 bilion, namun pada 17 November tahun lepas, had pembiayaan dinaikkan kepada RM110 bilion melalui Akta tersebut yang bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang diumumukan kerajaan dengan amaun keseluruhan RM225 bilion.
"Pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang tertinggi pada 2021 adalah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan RM150 bilion," demikian menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.
Menurut laporan itu, perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 pada 2021 adalah RM 37.11 bilion atau 96.7 peratus berbanding RM39 bilion yang diluluskan.
Perbelanjaan tertinggi melibatkan pemberian tunai, subsidi dan geran kepada golongan sasar meliputi program Bantuan Prihatin Nasional; Program Subsidi Upah; Insentif Pengekalan Pekerjaan; Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan serta Geran Prihatin bagi Peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berjumlah RM28.306 bilion atau 75.1 peratus berbanding 2021.
Menurut laporan itu juga, terdapat peningkatan perbelanjaan bagi program Sokongan Bantuan Sosial untuk golongan mudah terjejas; peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 dan diskaun bil elektrik berbanding 2020.
Bagi perbelanjaan program Sokongan Bantuan sosial, RM2.811 bilion telah dibelanjakan, meningkat RM2.714 bilion berbanding 2020 yang berjumlah RM96.93 juta dan peningkatan ketara itu disebabkan pelaksanaan 20 subprogram berbanding empat subprogram.
Selain itu, sebanyak RM2.686 bilion dibelanjakan bagi peruntukan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pada 2021, iaitu meningkat RM1.895 bilion berbanding 2020 yang berjumlah RM791.15 juta untuk membiayai perbelanjaan yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.
Mengenai diskaun bil elektrik pula, RM489.50 juta dibelanjakan pada 2021 bagi tujuan subsidi bil elektrik, meningkat RM311.97 juta berbanding 2020 yang berjumlah RM177.53 juta.
"Pembayaran diskaun tersebut melibatkan pembayaran kepada pembekal perkhidmatan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang tertinggi pada 2021 adalah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan peruntukan RM150 bilion. - Gambar hiasan/Reuters
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
LKAN: Pembiayaan Kumpulan Wang COVID-19 meningkat RM65 bilion pada 2021
Menurut laporan itu, pembiayaan asal adalah RM45 bilion, namun pada 17 November tahun lepas, had pembiayaan dinaikkan kepada RM110 bilion.
Kerajaan akan peruntuk RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 bagi tahun hadapan
Sebanyak RM23 bilion akan diperuntukkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19), dengan sebahagian besar peruntukan adalah untuk program yang dibawa ke hadapan dari 2021.
Dewan Rakyat setuju naikkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus
Pindaan itu membolehkan kerajaan menambah RM45 bilion lagi kepada Kumpulan Wang COVID-19, jadikan jumlah keseluruhan RM110 bilion
Kerajaan lancar Sukuk Prihatin: Tiada rakyat akan dipinggirkan - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendekatan bottom-up itu merupakan satu bentuk penyatuan sumber yang mencerminkan solidariti rakyat Malaysia dalam membina semula ekonomi negara.