KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu mendedahkan jumlah kehilangan / kerugian wang awam sebanyak RM681.71 juta.
Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam laporan tersebut berkata, pengurusan Program Penanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyumbang faktor terbesar iaitu RM448.87 juta.
Ia diikuti pengurusan dua projek Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berjumlah RM14.33 juta; Pengurusan dan Kawal Selia Senjata Api Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri (RM6.34 juta).
“Perkara ini antaranya berkaitan pemberian pengecualian denda yang dikenakan ke atas kelewatan pembekalan dan penghantaran baja, penyaluran subsidi dan insentif pesawah tidak optimum, kegagalan mengutip hasil pajakan tanah dan perolehan secara penggantian pelupusan senjata api tidak dibekalkan sepenuhnya,” katanya lagi.
Selain itu LKAN 2022 juga mendapati terdapat pembaziran berjumlah RM21.35 juta, dengan Pengurusan Pekerja Asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) menyumbang kepada RM19.39 juta, diikuti Pengurusan Program Pemuliharaan Kawasan Perlindungan Marin (RM1.04 juta).
Wan Suraya berkata, LKAN 2022 juga mendapati pembayaran tidak teratur berjumlah RM1.52 juta, iaitu daripada Pengurusan Program Podium Sukan Elit (RM1.47 juta) dan Pengurusan Program Memperkasakan Kapasiti Kebolehan dan Daya Saing Industri Pembinaan (RM0.05 juta).
Secara keseluruhan, 16 pengauditan prestasi bernilai RM208.882 bilion telah dilaksanakan di 14 kementerian.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 pengauditan bernilai RM207.352 bilion melibatkan kategori program/aktiviti, satu pengauditan bernilai RM316.0 juta melibatkan projek dan dua pengauditan bernilai RM1.214 bilion melibatkan sistem ICT,” katanya lagi.
Hasil daripada pengauditan yang dilaksanakan, Wan Suraya berkata, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan 55 syor untuk diambil tindakan oleh kementerian/jabatan/agensi berkaitan.
“Antara syor yang dikemukakan adalah kementerian/jabatan/agensi dimohon menjalankan kajian terperinci bagi setiap cadangan projek terlebih dahulu sebelum diluluskan. Selain itu, kementerian/jabatan/agensi juga harus mempertingkat aspek pemantauan bagi memastikan program/aktiviti/projek dilaksanakan mengikut jadual atau perancangan yang ditetapkan.
“Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan perlu menetapkan kriteria dan mekanisme penilaian keberhasilan semasa di peringkat perancangan untuk setiap program projek yang dilaksanakan,” katanya lagi.
Sebanyak tiga LKAN Tahun 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, iaitu LKAN 2022 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan; LKAN 2022 Mengenai Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar; dan LKAN 2022 Mengenai Aktiviti Kementerian / Jabatan / Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.
Orang awam yang berminat untuk mengetahui perincian laporan tersebut boleh mendapatkannya di laman rasmi Jabatan Audit Negara di https://lkan.audit.gov.my, dan juga dashboard Jabatan Audit Negara di h https://agdashboard.audit.gov.my/.
Firdaus Azil
Wed Nov 22 2023
Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam laporan tersebut berkata, pengurusan Program Penanaman Padi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyumbang faktor terbesar iaitu RM448.87 juta. - Jabatan Audit Negara
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Banjir: Mat Sabu jamin bekalan beras negara mencukupi
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras di pasaran tempatan adalah mencukupi meskipun banjir melanda Kedah serta Perlis .
Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.
PM Anwar yakin landskap pertanian negara berubah dalam tempoh satu atau dua tahun
Keyakinan itu berdasarkan kepada perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah kepimpinan Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.
DOSM seru kerjasama pengusaha sertai Banci Pertanian 2024
Ia penting bagi menghasilkan data pertanian yang komprehensif dan menjadi penanda aras baharu bagi mewujudkan pangkalan data pertanian.
RM33.59 juta untuk Sabah bangun, optimumkan pengunaan tanah bagi agromakanan
Lebih RM33.59 juta disalurkan kepada Sabah dalam usaha membangun dan optimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil produk agromakanan.
KPKM terima 18,642 permohonan BUDI Agri-Komoditi setakat ini - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menerima 18,642 permohonan bantuan BUDI Agri-Komoditi setakat ini.
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara
Jelas Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Program Jualan Agro Madani (JAM) bertujuan memastikan nasib golongan kurang mampu sentiasa terpelihara dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.