Manakala ketika saya masih seorang peguam 10 tahun lepas, saya telah bersembang dengan pakar litigasi handal negara, mendiang Christopher Fernando di bangku kayu Wisma Denmark. Beliau mengajar saya begini: The purpose of litigation is not to litigate to finish; the purpose of litigation is to seek the true light of justice.
Dalam proses mencari keadilan yang fatanah; dalam memburu sebuah kesudahan yang praktikal, sistem kehakiman dan perundangan negara mengabsahkan pelbagai cara demi mencari titik ini, antara lainnya: penghakiman terus, bicara penuh, mediasi, tribunal dan timbangtara. Secara ringkasnya, merealisasikan keadilan dan apa yang benar itu tidak terhad kepada bicara penuh dalam mahkamah terbuka semata.
Itu rangka minda saya sepanjang memberi khidmat dan pendapat dalam kes saman malu Abdul Rahman Bin Dahlan lwn. Mkini Dotcom Sdn. Bhd. yang rentetannya bermula seawal 3 November 2015.
Apa yang bermula dengan Hari Perancang Bandar Sedunia – di mana pakar-pakar industri berkumpul, berdebat mencari cara terbaik untuk membina metropolis yang mampan, mengurangkan tekanan terhadap sistem perbandaran dan menggalakkan reverse migration – telah menjurus kepada fitnah “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”, siaran laporan yang tidak berasas, bohong dan tanpa konteks sama sekali.
Sidang akhbar yang berlangsung hampir 30 minit hari itu, dipotong dan diolah untuk menggambarkan Yang Berhormat Menteri seorang yang tidak sensitif dan jahil kekangan hidup harian rakyat. Apalagi, semua yang ditemuramah naik berang dengan sang menteri. Dalam Facebook dan Twitter sahaja tak cukup tangan Yang Berhormat Menteri menjawab kemarahan orang ramai, itu belum lagi dalam Whatsapp dan Telegram!
Dan sebelum saman difailkan, perang tentang apa yang benar dan apa yang batil telah berlaku dalam Twitter, di mana saya dan rakan-rakan sepejabat, dari setiausaha akhbar, setiausaha sulit kanan kepada pegawai-pegawai khas bertegang urat mempertahankan kenyataan penuh Pak Menteri. Benar mempertahankan majikan itu sudah skop kerja kami, tetapi mempertahankan kebenaran itu adalah perkara melunaskan amanah untuk orang yang benar-benar matang dan terpelajar.
Justeru bila proses penghakiman bermula, Mahkamah telah menetapkan satu tarikh untuk mediasi pada tanggal 29 November 2016. Manakala tarikh bicara penuh telah ditetapkan selama tiga hari dalam bulan Januari 2017.
Setahun kami bergelut dengan tarikh mahkamah dan jadual rasmi Yang Berhormat Menteri yang tidak pernah ada kelapangan, ditambah pula dengan tugasan-tugasan luar negara yang membukit sejak berpindah dari Kementerian Perumahan ke Unit Perancang Ekonomi. Dan bila ura-ura pilihanr aya umum akan diadakan tahun depan muncul, jadual jadi lebih berantakan. Mencari tarikh mahkamah yang sesuai semakin sulit, tetapi tidak pernah sekalipun beliau berhasrat untuk menyelesaikan perkara saman malu terhadap Malaysiakini di luar mahkamah.
Malah, tarikh mediasi itu ditetapkan secara arahan mahkamah tanpa permintaan dari Plaintif sama sekali. Yang Arif Hakim – melalui budi bicara dan kuasa yang ada di tangan beliau – telah mengarahkan kedua Plaintif dan Defendan untuk hadir semasa proses mediasi tersebut.
Untuk YB dan kami pekerja bawahan, tarikh mediasi pada 29 November 2016 itu adalah sejarah yang getir: Keadilan akhirnya milik kami. Apa yang salah diakui, mana yang betul diperbutirkan dalam terma-terma penyelesaian kes.
Tarikh keramat itu menyaksikan keadilan undang-undang dan kebebasan journalisme dalam melaporkan perkara yang benar hidup menyala-nyala dalam obor yang sama.
Jadi Utopia untuk Yang Berhormat Menteri? Tidak semudah itu.
Sehari selepas berita kemenangan terpampang di media massa, tohmah pula mengambil tempat dalam fraterniti politik hari ini. Mulut-mulut yang tidak faham proses keadilan betah menaip di status Facebook dan Whatsapp group kononnya kenapa tidak dilangsungkan saja bicara penuh dalam mahkamah? Kenapa tidak
dihukum Malaysiakini berjuta ringgit untuk menebus kesalahan? Ini tidak adil untuk Utusan Malaysia yang disaman malu oleh DAP dan PKR sampai tak mampu bayar gaji pekerja!
Maaf cakap, bagi saya ini komentar orang-orang yang membaca hanya kepala berita bukan artikel penuh; ini komentar orang-orang nahilis yang tidak percaya keluhuran undang-undang.
Selama saya berkhidmat dengan Yang Berhormat Menteri, perkara gantirugi dalam bentuk kewangan tidak sejak setahun lalu sehingga Malaysiakini diheret ke mahkamah hanya satu: Kebenaran.
Sementelah lagi hukuman berbentuk punitif bukan etos mana-mana litigasi, litigasi berdenyut dalam mencari keadilan. Jadi untuk kami para pekerja, pengakuan salah Malaysiakini sudah cukup untuk jadi lilin menerangi mereka yang menulis dalam journalisme yang bungkam dan berat sebelah.
Nyata fitrah orang politik dan keadilan tidak bernafas dalam atmosfera yang sama.
Atas kenyataan yang pahit ini, saya rela jadi pesimis asalkan saya tak jadi orang yang menjulang punitif bukan kebenaran. Benarlah kata sang revolusioner, Soe Hok Gie: Seorang yang berani melihat fakta realis, mau tidak mahu akan hidup dalam nada yang pesimis.
Kes tidak habis di peringkat bicara penuh tidak bermakna kami pengecut. Yang membezakan antara Jebat moden dan Jebat kuno bukan keberanian yang sembrono, tetapi kecerdasan akal dalam memilih pertempuran.
Jadi apa-apa yang lain selain yang ditulis di sini, res judicata.
*Elviza masih mengisi kemerdekaan tanahair dan sekarang sedang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

“Malaysiakini mengakui bahawa video Voxpop tersebut hanya mengandungi sebahagian petikan ulasan Menteri, dan disebabkan ini terbitan tersebut tidak memberikan gambaran penuh tentang apa yang sebenarnya dikatakan oleh Menteri tersebut.
Kami mengakui bahawa maklum balas "balik ke kampung" daripada Menteri adalah merujuk kepada andaian yang dibuat oleh wartawan tersebut.
Menteri turut menjelaskan bahawa dalam ucapannya sebelum itu telah menyatakan konteks sebenar terhadap komen beliau tersebut. Kami mengambil maklum bahawa terbitan video itu telah memberi ruang untuk Menteri menerima tohmahan dan menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak berhati perut serta tidak peduli terhadap nasib masyarakat bandar. Ini amat dikesali.”

**Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI