KRISIS pandemik COVID-19 menyaksikan hampir semua urusan harian dilakukan secara dalam talian, sekali gus memaksa masyarakat pada pelbagai peringkat usia membiasakan diri dengan teknologi itu.
Jika sebelum ini aktiviti dalam talian lebih kepada soal kewangan, proses jual beli dan hubungan sosial, kini kegiatan secara maya lebih meluas, melibatkan antaranya bekerja dari rumah (BDR), Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) serta pelbagai lagi.
Lantaran itu juga istilah seperti Google, YouTube serta aplikasi seperti Zoom dan Google Meet yang sebelum ini hanya popular dalam kalangan remaja dan orang muda, kini perlu dihadam oleh golongan dewasa serta kanak-kanak seawal usia lima tahun bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada tuntutan semasa.
KEMAHIRAN ALAM SIBER
Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi yang juga Ketua Advanced Communication Research Unit (ACRU) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Khairie Ahmad, fenomena itu bukan sahaja menuntut masyarakat celik huruf atau literasi, tetapi juga menguasai kemahiran teknologi maklumat atau literasi siber.
Literasi siber atau literasi digital merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kesedaran rakyat dalam menggunakan peralatan teknologi, mengendalikan sebarang aktiviti secara dalam talian serta kemampuan mencari maklumat yang sahih dan tepat di alam siber.
"Berdasarkan beberapa kajian tempatan yang dijalankan, tahap penggunaan peranti dan aplikasi dalam talian masyarakat kita adalah baik. Namun persoalan lain yang timbul ialah dari segi kemahiran mereka untuk mengendalikannya," katanya kepada Bernama.
Menurut laman web https://datareportal.com/reports/digital-2020-malaysia, pengguna Internet di Malaysia pada Januari 2020 berjumlah 26.69 juta orang. Jumlah pengguna Internet meningkat sebanyak 919,000 (3.6%) bagi tempoh 2019 dan 2020 dengan kadar penembusan Internet di Malaysia mencapai 83 peratus pada Januari 2020.
"Majoriti rakyat mempunyai akaun Facebook, Twitter dan Instagram. Namun dapatan kajian saya bertajuk 'Information Ecosystem Assessment' terhadap belia pada tahun lepas dan kajian bertajuk 'Facebook Privacy Settings: Knowledge, Awareness and Information Disclosure' pada 2018 ke atas remaja menunjukkan golongan itu berisiko atas faktor antaranya tidak mahir menggunakan tetapan kerahsiaan media sosial.
"Selain itu, ramai pengguna Internet menggunakan Wi-Fi awam untuk urusan perbankan dan transaksi jual beli. Tindakan sebegitu boleh mengancam keselamatan siber mereka," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Khairie berkata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menggariskan literasi siber menerusi enam aspek, iaitu kemahiran terhadap celik data maklumat; berkomunikasi dan berkolaborasi; kebolehan menghasilkan kandungan digital; keselamatan; penyelesaian masalah; dan kemahiran berkaitan kerjaya siber.
"Berdasarkan laporan UNESCO mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri, belum ada satu indeks konkrit berhubung literasi siber, dan hingga kini indikator yang sering dikaitkan dengan agenda digital ialah peratusan populasi yang menggunakan Internet," katanya.
Laman web https://worldpopulationreview.com/country-rankings/literacy-rate-by-country menggariskan Malaysia telah mencapai kadar celik huruf 93.7 peratus daripada populasinya ketika ini, oleh itu Mohd Khairie berkata adalah wajar tumpuan diberikan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat dalam aspek literasi siber pula.
MAKLUMAT BUKAN DATA
Ledakan teknologi komunikasi turut menjadikan rakyat berada dalam lambakan maklumat, dan situasi itu menurut Mohd Khairie, menyebabkan masyarakat lebih cenderung mencari maklumat berbanding data atau fakta.
Lebih parah lagi ramai antara mereka tidak mempunyai atau kurang kemahiran dalam menentukan sumber maklumat yang sahih dan absah.
"Kebanyakan maklumat bersifat berat sebelah. Ini kerana yang dikatakan maklumat itu adalah rangkuman atau gabungan data yang telah ditafsirkan atau disampaikan menurut analisis penyampai, manakala data pula merujuk kepada angka atau fakta mentah (asal)," katanya, menambah Forum Ekonomi Dunia menyatakan dunia menerusi alam digital mengandungi kira-kira 44 zetabait data pada 2020 (satu zetabait bersamaan satu trilion gigabait).
Mengambil contoh laporan yang menyebut seramai 5,000 daripada 5,100 pesakit COVID-19 merupakan pesakit kategori 1, beliau berkata penerimaan dan tafsiran masyarakat terhadap perkara itu mungkin berbeza.
"Berdasarkan laporan itu, sesetengah pihak mungkin mentafsirkan situasi COVID-19 masih dalam keadaan bahaya namun bagi sesetengah yang lain pula adalah sebaliknya. Mereka mungkin membuat kesimpulan bahawa jumlah 5,000 itu tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) maka situasi COVID-19 tidaklah begitu bahaya," jelasnya.
Katanya kajian beliau yang dijalankan bersama Center for Independent Journalism dan Internews berkaitan ekosistem maklumat pada tahun lepas menunjukkan wujud defisit kepercayaan maklumat dalam kalangan belia, bukan sahaja terhadap media konvensional tetapi juga media baharu.
Katanya selagi masyarakat tidak dihidangkan maklumat yang disertakan data, ditambah pula sumber data itu meragukan, maka risiko untuk memperoleh maklumat yang tidak tepat dan sahih adalah tinggi.
"Contoh terkini, isu vaksin tidak terkecuali dimanipulasi pihak tertentu sehingga membawa kepada salah faham pelbagai pihak. Justeru penyampaian dan perkongsian data-data berkaitan perlu diperkasa agar maklumat yang tepat dan benar sampai kepada seluruh peringkat masyarakat," katanya.
RUANG PENAMBAHBAIKAN
Berpendapat penubuhan agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) banyak membantu menyokong ekosistem siber negara, beliau bagaimanapun berkata masih terdapat beberapa ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.
"Pada asasnya kita mempunyai dasar yang membanggakan dari sudut infrastruktur, ekonomi dan pengkomersialan, namun mungkin pada aspek pendidikan literasi siber kita memerlukan perhatian yang lebih. Ini kerana ancaman yang wujud bukan sahaja soal keselamatan jenayah siber tetapi isu hubungan sosiobudaya berikutan sikap tidak bertanggungjawab seperti hantaran berbaur hasutan, kebencian dan fitnah terutama di laman sosial.
"Perkara ini memerlukan satu sistem kesedaran dan pendidikan literasi siber sejak di peringkat kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa agar seluruh masyarakat menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab.
"Dasar kerajaan juga perlu bersifat mesra digital, di samping kita memerlukan pemimpin dan pentadbir yang lebih celik digital agar dasar dan agenda masyarakat terangkum dalam ekosistem digital. Sebagai contoh, pelaksanaan aplikasi MySejahtera sangat bertepatan dalam membantu memerangi COVID-19 namun keupayaan aplikasi itu, jika dilihat dari sudut data raya, kecerdasan buatan dan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), boleh pergi lebih jauh daripada fungsinya sekarang," katanya, menambah usaha tersebut melibatkan semua pihak.
LINDUNGI KANAK-KANAK
Berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata literasi siber umpama benteng yang melindungi keselamatan dan hak pengguna, sekali gus mengurangkan risiko ancaman terutama kepada pengguna yang dikategorikan sebagai paling terdedah seperti kanak-kanak, remaja, wanita dan warga emas.
Golongan itu katanya berisiko untuk dimanipulasi, dijadikan bahan kandungan tanpa kebenaran, diperdaya dengan pelbagai jenis penipuan yang menyasarkan mereka melalui maklumat yang dikongsikan menerusi media sosial.
Kajian Pengguna Internet oleh MCMC pada 2020 menunjukan 47 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 17 tahun menggunakan Internet dalam kehidupan seharian mereka berbanding 28.5 peratus pada 2018.
Siraj berkata untuk itu, pendedahan awal pendidikan alam siber perlu dipertimbangkan selain isu keselamatan siber wajar dijadikan modul pembelajaran wajib di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi.
"Inisiatif ini sedikit-sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa yang terpaksa memberikan akses siber kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
"Menerusi pemahaman penggunaan teknologi siber yang jelas sejak di peringkat kanak-kanak, impak buruk seperti penyebaran berita palsu, penggodaman dan eksploitasi teknologi serta kegiatan penipuan siber yang lain dapat dikurangkan, sekali gus menjadikan ruang siber negara lebih selamat," katanya.
Mencadangkan sebuah platform dibangunkan bagi tujuan ujian kendiri kepada pengguna siber yang merangkumi skop keupayaan mengakses, memproses, menilai dan menganalisis maklumat secara digital, beliau berkata skor markah dan sijil boleh diberikan sebagai memperakui tahap literasi siber seseorang pengguna.
"Walaupun mungkin dianggap remeh, langkah itu dapat membantu memberikan pendedahan mengenai isu-isu siber terkini kepada rakyat," katanya.
KURANGKAN KESENJANGAN DIGITAL
Dalam pada itu, Mohd Khairie berkata kerajaan pada masa sama perlu memberi perhatian terhadap isu kesenjangan digital.
Ini kerana krisis pandemik COVID-19 telah membuktikan betapa jurang digital memberi kesan besar kepada masyarakat apabila sekolah terpaksa ditutup dan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian.
Katanya tinjauan Kementerian Pendidikan pada April 2020 mendapati 36.9 peratus pelajar di seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti untuk melaksanakan PdPR selain keadaan infrastruktur yang tidak memuaskan juga turut menyumbang kepada jurang digital.
"Kerajaan mungkin tidak mampu menyediakan perkhidmatan ini secara menyeluruh, namun dengan kolaborasi bijak bersama pemain industri telekomunikasi, usaha merapatkan jurang digital dengan memastikan akses dan kualiti jaringan Internet negara berada di tahap yang terbaik pasti dapat dilaksanakan.
"Ekosistem digital yang mesra masyarakat luar bandar, golongan miskin bandar dan orang kurang upaya juga tidak boleh diabaikan kerana akses alam siber kini menjadi kemestian bagi kebanyakan rakyat, di samping hak dan potensi golongan itu untuk mendapat masa depan yang lebih baik tidak boleh dinafikan," katanya.
-- BERNAMA / Disunting oleh Noor Hayati Muda
Bernama
Wed Sep 08 2021
Krisis pandemik COVID-19 telah membuktikan betapa jurang digital memberi kesan besar kepada masyarakat apabila sekolah terpaksa ditutup dan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara dalam talian. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
UTEM komited lahirkan 300,000 pakar bidang AI, keselamatan siber menjelang 2030
FAIX akan mula menerima pelajar baharu bagi kemasukan tahun 2025/2026 dan pengambilan dijadualkan Oktober 2025.
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
Warga emas Kuala Pilah diberi pendedahan mengenai keselamatan siber
Ia satu pendekatan baik dalam memberi pendedahan kepada warga emas mengenai pentingnya keselamatan siber dan melindungi data peribadi.
GMI terima kelulusan naik taraf kolej universiti
GMI yang ditubuhkan pada 1991 telah menerima kelulusan naik taraf kepada kolej universiti dan akan dikenali sebagai GMI-University College of Applied Sciences (GMI-UcAS).
Malaysia sedia jadi hab pusat data ketiga terbesar di Asia - HLIB
Malaysia berada di landasan untuk menjadi pasaran pusat data ketiga terbesar di Asia, selepas Jepun dan India.
Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau Apac di Malaysia
Ia komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan Nov 2023.
Malaysia tingkatkan keselamatan siber ASEAN dengan kepimpinan CERT serantau - Gobind
Aspirasi utama Malaysia bagi inisiatif terbabit adalah untuk membangunkan ruang siber serantau yang selamat dan berdaya tahan.
Kerajaan peruntuk RM30 juta bendung kes penipuan, pertingkat keselamatan siber
NACSA diberi tambahan perjawatan 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.
Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.