Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau tiada halangan dengan kehadiran pakar forensik Thailand Dr Pornthip Rojanasunan ke Malaysia bagi tujuan bedah siasat tentang tuduhan kekejaman polis terhadap C. Sugumar.
Namun, kata Liow, Dr Pornthip haruslah mematuhi prosedur yang ada iaitu pakar luar mestilah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Tambah beliau, Dr Pornthip juga harus menyatakan kelayakan beliau sebelum melaksanakan bedah siasat ke atas mayat Sugumar.
Kata Liow, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga perlu mengeluarkan surat untuk meminta kementerian membenarkan bedah siasat kedua dilakukan.
“Hanya pihak polis atau mahkamah yang boleh menulis secara rasmi dan terus kepada kementerian.
Jika tiada sebarang masalah, kami boleh membantu,” kata Liow.
Ditanya tentang proses pendaftaran tersebut, beliau berkata ia amat mudah.
Menurut beliau, ini kerana MMC, yang merupakan badan berkanun yang menyelia para doktor, boleh mengeluarkan sijil sementara untuk Dr Pornthip.
“Dia perlu layak... jika dia seorang pakar, dokumen-dokumen itu perlu ada,” kata beliau.
Kata Liow, beliau tidak mahu menjadikan sesuatu perkara itu sukar dan tidak mahu menghalang mereka (keluarga) daripada menjalankan hak-hak mereka.
Liow juga mempertahankan laporan bedah siasat yang disediakan oleh pakar tempatan, mengatakan bahawa pihak keluarga harus "yakin dengan sistem".
Jelasnya, punca kematian Sugumar adalah secara tiba-tiba dan bukan perbuatan siapa-siapa.
Katanya setakat ini mereka hanya menjumpai salur darah koronari sempit yang mungkin telah menyebabkan serangan jantung dan jika terdapat apa-apa kecederaan kepada kepala atau dalaman, pihaknya tentu telah menjumpainya.
“Para doktor adalah profesional. Bedah siasat tersebut adalah telus. Pihak keluarga sepatutnya melihat laporan secara teperinci dan tidak membuat tuduhan melulu. Dalam apa jua kes, kita tidak menghalang mereka,” kata Liow.
Semalam, telah dilaporkan bahawa peguam keluarga Sugumar, N. Surendran dan Latheefa Koya, telah meminta bantuan Dr Pornthip di mana Dr Pornthip pada prinsipnya telah bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua.
Peguam-peguam itu berkata bahawa Dr Pornthip hanya bimbang bahawa dia tidak mungkin dapat menjalankan autopsi itu sendiri.
Mereka telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Liow untuk memberikan kebenaran menjalankan bedah siasat tersebut.
Teoh El Sen
Tue Feb 05 2013
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman
Polis akan menyambung reman seorang lelaki berhubung siasatan penemuan mayat wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, pada minggu lepas.
Tragedi 'water rafting': Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan JKR SPT, Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Tubuh masih beku, bedah siasat belum dijalankan - Polis
ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, proses berkenaan belum dapat dilakukan buat masa sekarang kerana mayat mangsa dalam keadaan beku.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.