KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia mengambil inisiatif ke arah menjadikan Kuala Lumpur bandar raya sejahtera menjelang 2030 dengan menampilkan Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's di persimpangan utama lintasan pejalan kaki Bukit Bintang di sini.
Lintasan pejalan kaki di hadapan restoran McDonald's Bukit Bintang iaitu restorannya yang pertama dibuka di Malaysia sejak 40 tahun lepas, diilhamkan daripada fries atau kentang goreng yang menjadi menu utama pelanggan.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata inisiatif itu merupakan tanda sokongan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam meningkatkan pelan pembangunan fizikal, perkhidmatan dan sosioekonomi di ibu kota.
"Dengan pengumuman pembukaan sempadan negara kepada pengunjung dari luar negara tidak lama lagi, kami yakin 'McDonald's Fries Crossing' ini akan menjadi nilai tambah kepada keindahan Kuala Lumpur dan lokasi wajib bagi golongan muda terutama untuk menambah koleksi 'posting' di media sosial mereka.
"Diharap insiatif ini dapat melonjakkan lagi nama Kuala Lumpur khasnya dan Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi wajib bagi pengunjung ke Kuala Lumpur," katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's di sini semalam.
Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Terdahulu, Azmir ketika ditemui pemberita berkata idea penyediaan lintasan pejalan kaki itu terhasil dengan kerjasama DBKL dan McDonald's Malaysia bersetuju untuk menaja kos penyelenggaraan lintasan itu selama setahun.
Dalam perkembangan lain, Azmir berkata perniagaan McDonald's mula bertapak di Malaysia sejak 40 tahun lepas dengan restoran pertamanya dibuka pada 1982 dan sehingga kini telah membuka 318 restoran serta menyediakan peluang kerjaya kepada 15,000 pekerja.
"Melalui visi McDonald's Malaysia 2026, kami akan membuka 205 restoran baharu yang akan menjadikan 500 restoran McDonald's di negara ini menjelang 2026 sekali gus mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak muda," katanya.
Azmir juga berkata menyumbang semula kepada komuniti adalah nilai utama McDonald's dan hasil kerjasama dengan pelbagai pihak telah menyumbang antaranya lebih 1.5 juta pek makanan bernilai hampir RM10 juta kepada petugas barisan hadapan sejak COVID-19 melanda negara.
Selain itu, katanya melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC), pelbagai program komuniti dan kebajikan turut dilaksanakan dalam usaha membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di seluruh negara dengan nilai sumbangan tahunan dianggar kira-kira RM3 hingga RM4 juta.
"Sumbangan ini termasuk pembinaan rumah Ronald McDonald yang telah dibuka sebanyak tiga buah bagi kegunaan ibu bapa yang perlu menjaga anak mereka yang dirawat di hospital dan tidak mampu menyewa hotel.
"Selain itu, sumbangan ini turut melibatkan bantuan pembedahan masalah klef bibir yang telah dijalankan sejak 15 tahun lepas, mewujudkan 35 bilik terapi sensori di seluruh Malaysia dan sumbangan pek kembali ke sekolah untuk anak-anak miskin bandar bagi Program Kembali Ke Sekolah dan sebagainya," katanya.
Azmir berkata sempena Ramadan akan datang, sumbangan jamuan moreh akan diteruskan dan akan diedar kepada masjid-masjid berhampiran restoran McDonald's di Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.
Dalam pada itu, Shahidan berkata inisiatif memperindah ibu kota seumpama itu amat dialu-alukan kementeriannya kerana boleh menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong dan menggalakkan syarikat lain untuk turut sama dalam inisiatif tersebut.
"Kerajaan juga akan beri sokongan (kepada syarikat-syarikat) agar aktiviti ekonomi mereka dapat diteruskan sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim. - Foto DagangNews
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
OKU, individu ada masalah kesihatan guna PMA untuk lintas jalan tidak disaman
Keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan OKU yang menggunakan kenderaan mikromobiliti PMA seperti kerusi roda berkuasa elektrik dan bateri sebagai alat bantuan untuk bergerak.
Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's tarikan baharu Kuala Lumpur
Lintasan pejalan kaki di hadapan restoran McDonald's Bukit Bintang diilhamkan daripada kentang goreng yang menjadi menu utama pelanggan.