Jabatan Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op Ikrar yang dijalankan di sebuah premis refleksologi di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, awal pagi tadi.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi yang dijalankan pada 12.05 tengah malam itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap lima wanita warga Thailand dan tiga lelaki serta dua wanita tempatan yang berada di dalam premis berkenaan.
"Hasil pemeriksaan, lima wanita warga Thailand berumur antara 34 hingga 50 tahun ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar dan menyalahgunakan pas lawatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Shahrir berkata kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan ditempatkan di lokap imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik.
Bernama
Tue Jul 26 2016
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata lima wanita warga Thailand ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar dan menyalahgunakan pas lawatan.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
[TERKINI] Tiada lantikan Ketua Jurulatih, Sabah FC kekalkan barisan kejurulatihan
Sabah FC memutuskan untuk mengekalkan barisan kejurulatihan sedia ada dan tiada lantikan baharu bagi mengisi kekosongan Ketua Jurulatih musim ini menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang tidak menyambung kontraknya berakhir hujung bulan ini.
JKNS komited perkasa Akta Kawalan Produk Merokok
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) terus komited dalam usaha memperkasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852) di negeri itu.
RM14,000 setiap hektar disediakan buat pekebun kecil di Sabah & Sarawak
Kerajaan menyediakan bantuan RM14,000 bagi setiap hektar tanah pekebun kecil yang mengusahakan program penanaman semula pokok getah di wilayah Borneo.
10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.
Pakar & saintis dari Itali kaji pelan strategi PCDS 2023
Pakar dan saintis pentadbiran darI Itali kini berada di sarawak bagi mengkaji pelan strategi pembangunan Sarawak Pasca Covid -19 (PCDS) 2030.
Kenyataan Hajiji berkaitan gangster tidak wajar
Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menggunakan istilah gangster semasa Sidang DUN Sabah baru-baru ini disifatkan tidak wajar.
Pemergian Ahmad Nawab kehilangan besar industri muzik Malaysia - Hetty Koes Endang
Hetty sebak dan terkejut sebaik dimaklumkan berita pemergian komposer Ahmad Nawab yang dianggap sebagai sahabatnya di Malaysia.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Lima wanita Thailand ditahan imigresen Kedah dalam Op Ikrar
Imigresen Kedah menjalankan pemeriksaan terhadap lima wanita warga Thailand dan tiga lelaki serta dua wanita tempatan yang berada di dalam premis berkenaan.
Imigresen Kedah tahan empat wanita Thailand di rumah urut
Jabatan Imigresen Kedah menahan empat wanita warga Thailand dalam 'Op Ikrar' yang dijalankan di beberapa premis rumah urut di sekitar Gurun.