Kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).
Umavathi Ramayah
Fri Feb 26 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 10 kluster baharu dikesan melibatkan lapan kluster tempat kerja, dua dalam komuniti. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 2,253 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di negara ini 295,951 kes dengan 27,994 kes aktif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).
Berikut lima perkara yang dinyatakan beliau menerusi kenyatan akhbar hari ini:
2,253 kes positif baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.
11 kematian dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah dan Johor melibatkan pesakit berusia 36 hingga 78 tahun.
10 kluster baharu dikesan melibatkan lapan kluster tempat kerja, dua dalam komuniti.
Empat kluster dikesan di Selangor, Johor (dua), masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak.