KUALA LUMPUR : Lima syarikat telekomunikasi bersetuju untuk memeterai perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan langganan saham (SSA) dalam Digital Nasional Bhd (DNB) sebagai usaha untuk terus memperkasakan pembangunan rangkaian 5G.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kesemua syarikat tersebut terdiri daripada CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) menerusi Infranation Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Power International Bhd (YTL).
Tindakan itu katanya akan membolehkan kesemua syarikat telekomunikasi itu memiliki 70 peratus pegangan saham dalam DNB.
"Setiap syarikat yang memeterai perjanjian juga akan menyuntik sebanyak RM233 juta ke dalam DNB, yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
"SSA ini adalah pencapaian penting yang dicapai oleh Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia yang dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), DNB serta MNO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pengumuman rangkaian 5G di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, usaha itu juga bakal memanfaatkan pelbagai pihak khususnya pengguna komersial, perniagaan, dan juga industri.
“Banyak negara lain dari segi penerimagunaan kita lihat fokus kepada 5G ini, manfaat yang paling maksima boleh digunakan untuk perniagaan, memperkasa internet, kilang-kilang, pelabuhan dan sebagainya.
“Jadi ini antara fokus yang kita lihat di negara-negara lain yang menuju ke arah itu dan syarikat-syarikat telekomunikasi akan tawarkan beberapa pakej 5G dan yang penting adalah untuk kita manfaatkan 5G ini secara maksimum,” katanya lagi.
Sementara itu jelasnya, kerajaan juga akan mewujudkan rangkaian kedua liputan 5G apabila ia telah mencapai 80 peratus penerimagunaan di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir tahun ini.
Ujarnya, lima MNO yang sudah bersama DNB ini juga terbuka untuk terus bersama dengan DNB atau menyertai Entiti B.
Perkara itu katanya akan diputuskan dalam kalangan MNO sebelum memuktamadkan pihak yang akan menyertai Entiti B untuk rangkaian kedua 5G.
Sebelum ini, kerajaan juga telah bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi memperkenalkan Pakej 5G Rahmah mulai Ogos lalu.
Tindakan itu juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar penerimagunaan rangkaian 5G di negara ini.
Hilmi Malik
Fri Dec 01 2023

Pemerkasaan 5G akan memanfaatkan ramai pihak khususnya dalam industri perniagaan dan pelbagai sektor lain. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.

Kerajaan pastikan keserasian penubuhan SEGiM dengan penyelarasan RUU Pekerja Gig
Kerajaan berhasrat memastikan keserasian penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Dr Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.