BUKIT MERTAJAM: Lima anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) termasuk seorang berpangkat Sarjan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan melakukan pemerasan wang berjumlah RM4500 terhadap pekerja kilang di Jalan Permatang Tinggi, 1 Februari lepas.
Bagaimanapun ,tertuduh Sarjan Rozaini Abu Hassan, 48, Koperal Muhammad Mustaqim Ismail, 35, Lans Koperal Muhamad Syakir Haikal Hasli, 24, Koperal Mohd Nurizuan Ahmad Suhaimi, 38, dan Lans Koperal Muhamad Khusairi Ahamad, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun yang dikatakan telah melakukan kesalahan kerana memiliki dadah berbahaya sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM4,500 .
Kesalahan didakwa di lakukan di tepi Jalan Permatang Tinggi menghala ke Simpang Ampat pada 1 Februari lepas kira-kira jam 10.15 malam.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana- mana dua dari hukuman tersebut.
Kes dikendalikan Pengarah Pendakwa raya Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala kesemua tertuduh diwakili peguam V.S.Kumar.
Semasa prosiding, Mohd Nordin menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan kesemua tertuduh tidak dibenarkan mendekati saksi sehingga kes selesai.
Bagaimanapun peguam memohon agar jaminan munasabah diberikan kepada semua anak guamnya kerana masing- masing memberi alasan perlu menanggung isteri, anak yang masih kecil termasuk ada anak OKU serta ada isteri yang sarat mengandung.
Mahkamah kemudian menetapkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin setiap seorang serta syarat tambahan kesemua tertuduh tidak boleh mendekati saksi sehingga kes selesai.
Kes akan disebut semula 15 Mac depan untuk serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan lima anggota polis ditahan kerana dipercayai melakukan pemerasan wang berjumlah RM4500 terhadap pekerja kilang kerana didakwa memiliki dadah di Jalan Permatang Tinggi.
Penahanan kesemua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis dan Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah termasuk seorang berpangkat Sarjan berusia 24 hingga 48 tahun itu dibuat susulan laporan polis dibuat oleh mangsa.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 09 2024

Kelima-lima tertuduh dibawa bersama tertuduh lain ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lima polis MPV mengaku tidak bersalah peras ugut wang RM4,500
Kesalahan didakwa di lakukan di tepi Jalan Permatang Tinggi menghala ke Simpang Ampat pada 1 Februari lepas.