Lima peniaga akan didakwa di Mahkamah Isnin ini atas kesalahan menyorok minyak masak di premis masing-masing.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, lima kes tersebut melibatkan hampir 50 tan metrik minyak yang disorok direkodkan di Pulau Pinang (1), Kuala Lumpur (2), Perak (1) dan Melaka (1).
Kesemua peniaga itu akan dikenakan tindakan sewajarnya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Lima peniaga ini akan dijatuhkan hukuman dalam masa terdekat dan selewat-lewatnya awal minggu ini.
“Denda yang boleh dikenakan untuk kesalahan pertama di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah sebanyak RM1 juta dan bagi kesalahan kedua RM3 juta," katanya ketika ditemui selepas Operasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di sini hari ini oleh KPDNKK.
Dalam pada itu menurut Jamil kertas siasatan telah dibuka untuk 13 kes lagi bagi pelbagai kesalahan melibatkan minyak masak.
Jamil yakin isu minyak masak hanya bersifat sementara memandangkan jumlah bekalan masih mencukupi.
“Saya percaya isu ini akan pulih dalam masa terdekat kerana bekalan minyak masak sebenarnya ada hanya disebabkan pembelian panik dan segelintir peniaga yang bertindak menyorok bekalan,” katanya.
Beliau turut menambah sebanyak 189 aduan mengenai minyak masak diterima dari Oktober sehingga November, yang mana aduan tertinggi adalah dari negeri Selangor iaitu sebanyak 56 aduan.
Operasi hari ini diadakan serentak di seluruh negara dan ia turut disertai Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Henry Sum Agong serta Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin.
Azyyati Ahmad
Fri Nov 04 2016

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh (kanan) memeriksa minyak masak ketika menjalankan Operasi Khas Coss (Skim Penstabilan Minyak Masak) di sebuah kilang hari ini. --fotoBERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

ADUN Dengkil nafi antara 5 ahli Bersatu alih sokongan kepada kerajaan Selangor
ADUN Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh menafikan dakwaan dirinya antara lima individu daripada Bersatu-Perikatan Nasional (PN) di Selangor yang mengisytiharkan beralih sokongan kepada kerajaan negeri.

Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.

4 lagi didakwa atas kesalahan sorok minyak masak - KPDNKK
Empat lagi peniaga didakwa minggu ini atas kesalahan menyorok bekalan minyak masak.

Lesen pembungkus minyak masak bersubsidi bermasalah akan ditarik balik
KPDNKK akan membatalkan lesen pembungkus minyak masak bersubsidi yang gagal membekalkannya di pasaran.

Minyak masak: Pegawai penguatkuasa diarah pantau premis perniagaan
Pihak Kementerian komited untuk memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan dijual mengikut harga sepatutnya.

Lima peniaga sorok minyak akan didakwa Isnin
Lima peniaga akan didakwa di Mahkamah Isnin ini atas kesalahan menyorok minyak masak di premis masing-masing.

YAKEB bayar dana lebih RM2.1 juta bantu bekas atlet negara
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengagihkan dana lebih RM2.1 juta bagi menguruskan kos perubatan bekas atlet negara untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Jamil Salleh dilantik KSU Kementerian Belia dan Sukan
Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh dilantik sebagai ketua setiausaha baharu kementerian.