BALING: Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemukan lima individu termasuk dua kanak-kanak yang tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.49 malam.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling yang diketuai Pegawai Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud tiba di lokasi jam 8.22 malam.
"Mangsa yang sesat terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki berusia enam dan 11 tahun, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, dan dua lelaki dewasa berusia 36 dan 49 tahun.
"Operasi turut disertai lapan anggota termasuk penyelia dan sebuah jentera serta dua kenderaan milik JBPM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati lima mangsa terbabit dipercayai tersesat dan salah seorang seorang daripada mereka mengalami kekejangan kaki di atas kawasan bukit pada lingkungan jarak 400 meter dari kawasan air terjun.
"Berdasarkan maklumat, kesemua terbabit dipercayai melakukan aktiviti mendaki di bukit Kampung Tandop.
"Kesemua mangsa berjaya diturunkan oleh pasukan penyelamat dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Baling dengan menaiki jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM," katanya.
Mohamadul Ehsan berkata operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 malam tadi.
Beliau berkata hanya kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami kecederaan pada kaki kanan manakala empat yang lain tidak mengalami kecederaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Feb 26 2021
![Lima pendaki termasuk 2 kanak-kanak sesat berjaya diselamatkan Lima pendaki termasuk 2 kanak-kanak sesat berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614306233_kawasanbukit.jpg)
Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemukan lima individu termasuk dua kanak-kanak yang tersesat di kawasan bukit di Kampung Tandop, di sini, malam tadi. -JBPM
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719794483_sesat.jpg)
Empat warga Singapura sesat di Air Terjun Bukit Apek ditemukan selamat
Pihak JBPM Selangor menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 7.19 malam.
![Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716159319_MohamedAmerJawahil.jpg)
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
![Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709899336_gajahliar.jpg)
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
![Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708474127_gunungangsi.jpg)
Enam pendaki sesat di Gunung Angsi ditemui selamat, seorang cedera
Enam pendaki yang sesat di Gunung Angsi, Kuala Pilah malam tadi ditemukan selamat pada pukul 2.34 pagi ini.
![Lelaki perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang Lelaki perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708394098_TBtamannegarajp.jpg)
Lelaki perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang
JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.
![Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703900980_sesat.jpg)
Tiga remaja sesat di Bukit Janda Mandi ditemui selamat
Kesemua mangsa dari Kemaman dikatakan ke kawasan itu untuk melakukan aktiviti memanjat bukit sebelum tersesat akibat cuaca tidak menentu.
![Sesat dan menyeleweng: SIS Forum gagal batal fatwa MAIS Sesat dan menyeleweng: SIS Forum gagal batal fatwa MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670996979_IstanaKehakiman.jpg)
Sesat dan menyeleweng: SIS Forum gagal batal fatwa MAIS
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan menyeleweng.
![Empat jam sesat di Gunung Stong Empat jam sesat di Gunung Stong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676845360_TBSESATGUNUNG.jpg)
Empat jam sesat di Gunung Stong
Mohd Faizal dikatakan mendaki gunung itu pada jam 9 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.45 pagi.
![Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664360766_TBTEMUIHILANG.jpg)
Blogger 'Mat Salleh Cari Makan' Rhys William yang hilang di Kuala Tahan, ditemui selamat
Penulis blog 'Mat Salleh Cari Makan' bersama empat anggota keluarganya dilaporkan hilang di Kuala Tahan ditemui selamat.
![Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638856384_TBHutanSimpan.jpg)
Lelaki Singapura hilang ketika mendaki di Hutan Simpan Panti Timur
Sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Balai Polis Batu Ampat digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pencarian.