Peluang untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Model Sekolah Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (NHSMUN) 2016 menjadi platform terbaik untuk membawa suara Malaysia di pentas antarabangsa.
Usaha ini digalas lima anak muda dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba (TGB), Jasin dengan membawa lima kertas kerja yang meliputi isu politik dan ekonomi antarabangsa untuk dibentangkan bermula 2 Mac ini.
Mereka yang terdiri daripada Ahmad Arman Al-Huzaifi Sakir Husein, 17; Mustafa Zoher, 17; Muhammad Iqmal Yusaini, 17; Dania Kamal Aryf, 17, dan Fairuz Nur Hannah Lokman, 17, bakal bersama-sama dengan lebih 3,500 delegasi dari seluruh dunia untuk membentangkan idea menerusi kertas kerja mereka di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ahmad Arman yang mengetuai delegasi ini menyifatkan peluang mewakili Malaysia kali ini sebagai satu penanda aras baru dalam sistem pendidikan negara.
"Ini merupakan kali pertama sekolah dari Malaysia iaitu daripada sekolah kerajaan untuk bekerjasama dengan pelajar dalam lingkungan umur 17 tahun dari seluruh dunia menyiapkan satu resolusi bersama.
"Bagi saya, ini menunjukkan penanda aras sistem pendidikan yang berkualiti di Malaysia yang pada akhirnya dapat melahirkan bakal pemimpin yang boleh menyuarakan pandangan mereka bukan sahaja untuk rakyat yang dipimpin, tetapi juga masyarakat dunia," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.
Tambahnya penyertaan Malaysia yang sederhana dalam mengemukakan wawasan negara dianggap sebagai pencetus semangat untuk mereka sertai persidangan kali ini.
"Kami harap dengan adanya penyertaan kali ini, ia akan menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia untuk tampil ke hadapan bagi menyuarakan suara Malaysia di pentas antarabangsa lantas kita dapat memilih seorang lagi wakil Malaysia dalam PBB yang agresif membawa idea dan pembaikan untuk masyarakat dunia," tambahnya yang akan menyertai jawatankuasa Politik Khas dan Dekolonisasi (SPECPOL) untuk membentangkan isu 'Keadaan Pelarian Palestin di Asia Barat' dan 'Keadaan Wilayah Yang Diduduki di Azerbaijan'.
Bagi Mustafa dan Muhammad Iqmal pula, isu ekonomi di negara membangun yang akan dibentangkan mereka bakal menjadi input penting untuk diperhalusi pemimpin dunia dalam mencari penyelesaian kepada potensi yang ada pada negara besar seperti India.
"Kami akan mengusulkan isu Ekonomi dan Kewangan (ECOFIN) menerusi topik 'Pembasmian Kemiskinan di India' dan 'Kemudahan Perdagangan di Negara-negara Membangun'.
"Topik ini mungkin tampak mudah, tetapi cabarannya untuk memastikan usul kami diterima pakai memandangkan India antara negara paling berpotensi di dunia. Cuma, ia terperangkap dengan isu kemiskinan yang sedikit sebanyak merencatkan pembangunannya," katanya.
Dania dan Fairuz Nur Hannah pula dalam jawatankuasa Kesatuan Afrika (AU) dengan topik 'Memerangi Boko Haram' dan 'Pendidikan Menengah bagi Pelajar Perempuan di Afrika' menganggap platform ini adalah ruang terbaik untuk memberitahu dunia bahawa Islam itu bukan agama keganasan.
"Melalui topik 'Memerangi Boko Haram' terutamanya, kami menganggap kami bukan hanya mewakili Malaysia semata-mata, tetapi juga sebagai orang Islam bahawa ia bukanlah agama keganasan.
"Ini ditekankan melalui topik 'Pendidikan Menengah bagi Pelajar Perempuan di Afrika' yang mana Islam tidak pernah menindas wanita. Jadi, ini bukan usaha menaikkan nama negara semata-mata, tetapi juga untuk menaikkan nama Islam itu sendiri," kata Fairuz yang ditemui di lokasi sama sebelum bertolak ke New York.
Delegasi lima pelajar ke New York turut diiringi guru pengiring, Syazana Mohd Sharif yang juga bakal terbabit dalam beberapa program yang dikhususkan kepada pendidik sepanjang persidangan berlangsung.
Hilal Azmi
Sat Feb 27 2016
"Kami akan bawa nama Malaysia dan Islam di New York" - Foto Astro Awani / Hilal Azmi
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Lima pelajar MRSM Tun Ghafar Baba bawa usul ke PBB
Peluang untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Model Sekolah Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (NHSMUN) 2016 menjadi platform terbaik untuk membawa suara Malaysia di pentas antarabangsa.