Sepasukan lima pelajar teknologi makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara pertandingan teknologi makanan antarabangsa di Chicago minggu lepas.
Anggota pasukan itu terdiri daripada Sew Chang Chew (ketua pasukan), Tan Tai Boon, Mohd Asraf Mohd Zainudin, Kuan Chee Hao dan Najla Gooda Sahib meraih wang tunai US$3,000 (RM9,585.60) sebuah trofi dengan produk mereka "EnerTEIN", makanan tambahan bagi menyuburkan badan pesakit HIV yang kehilangan tenaga dan protein, bagi rantau Asia Tenggara.
Ia adalah kemenangan kali kedua kumpulan ini dalam pertandingan anjuran Institute of Food Technologists (IFT), di mana kali pertama dimenangi tahun lepas, kata Sew.
Beliau berkata acara di Chicago mempunyai dua pertandingan, satu untuk calon dari Amerika Utara (Amerika dan Kanada) dan satu lagi bagi calon antarabangsa dengan pertandingan antarabangsa ditandingi tiga pasukan, satu dari Malaysia dan dua dari Indonesia.
Beliau berkata pertandingan itu yang diadakan pada 15 Julai merupakan sebahagian daripada ekspo dan persidangan makanan, yang membawa tema keseluruhan "Producing Food Supplement to Help People Living With HIV", yang menggalakkan peserta menyediakan penyelesaian dalam bentuk makanan berkhasiat bagi mereka yang lemah dan sakit kerana tidak mendapat bekalan makanan mencukupi dalam pengambilan makanan harian mereka.
"Kita buat sesi percambahan fikiran di kalanga pasukan kami dan mengemukakan beberapa pandangan. Bagaimanapun, akhirnya, kami membangunkan sup ikan segera yang dipanggil EnerTEIN, gabungan tenaga dan protein, di mana mereka yang menderita akibat HIV cenderung kekurangannya kerana keadaan kesihatan yang semakin terjejas disebabkan virus dalam sistem (tubuh) mereka.
"Pengambilan makanan harian mereka tidak menyediakan tenaga dan protein mencukupi yang mana produk kami sediakannya sebagai makanan tambahan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata pasukannya memenangi hadiah pertama tahun lepas yang membawa hadiah wang tunai US$3,500 (RM11,183.20) dengan produk 'Vita-A-Go', kepingan mangga, perangsang tenaga yang kelihatan dan rasanya seperti gula-gula bergetah kecuali ia mempunyai tekstur mangga.
Sew, 26, yang sedang melanjutkan pengajian iajazah sarjana di UPM mengakui sokongan yang diterima pasukannya dari universiti dan Institut Teknologi Makanan Malaysia.
"Universiti kami, Universiti Putra Malaysia, merupakan penaja utama lawatan kami dan kami juga mendapat sokongan Institut Teknologi Makanan Malaysia," katanya.
Bernama
Sat Jul 27 2013
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Novak Djokovic juara Terbuka Australia buat kali ke-10
Kejuaraan ini sekali gus mengangkat nama Djokovic sebagai pemenang grand slam terbanyak bersama Rafael Nadal
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
GV6: 'Saya buat keputusan juara adalah dua' - Ramli MS
Juri Tetap Datuk Ramli MS dalam sidang media selepas Konsert Akhir Gegar Vaganza ke-6 menjelaskan kemenangan dua juara Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.
Tumpang lori ayah, turun-turun terus nyanyi dan Rizal bergelar juara! - Aznil
Berkat kesungguhan bersusah payah datang dari jauh , menumpang lori ayah , menjadi peserta akhir namun akhirnya membawa pulang hadiah , kebanggaan dan kejayaan.
MotoGP Sepanyol: Marquez juara di laman sendiri
Marc Marquez mempertahankan rekod kemenangan di laman sendiri dan secara tidak langsung mengumpul 70 mata di litar Jerez, Sepanyol, semalam.
Lions XII Juara Liga Super
Hasrat pasukan tempatan menafikan Lions XII gelaran Liga Super musim ini tidak kesampaian. Wakil Singapura itu meraih kejuaraan selepas menewaskan Felda United 4-0 pada Selasa.
Pelumba negara bersedia menghadapi cabaran
Pelumba negara Azlan Shah Iskandar mengakui tugasnya semakin sukar selepas kehadiran beberapa pelumba handalan untuk saingan kali ini.