KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk memulakan sistem pembayaran tol terbuka dengan hanya melibatkan lima lebuh raya di seluruh negara terlebih dahulu, dilakukan bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik sebelum diperluaskan ke lebuh raya lain.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun beberapa lagi syarikat konsesi telah menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam sistem pembayaran, namun usaha itu tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan pembangunan perancangan terlebih dahulu.
"Yang paling penting, sistem yang dicadangkan diuji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari yang akan menyusahkan pengguna," katanya menerusi Facebook rasminya hari ini.
Baru-baru ini Nanta mengumumkan akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka bagi membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini.
Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Nanta berkata usaha untuk melaksanakan sistem bayaran tol terbuka itu telah dilakukan pasukan Kementerian Kerja Raya (KKR) daripada Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP) sejak 2022 lagi.
Katanya ia mengambil masa yang agak lama kerana hal berkenaan bukan satu perkara mudah selain perlu melalui banyak proses.
Ia termasuk dari aspek teknikal, perundangan dan kewangan yang perlu diperhalusi dan diperjelaskan oleh semua pihak terlibat sebelum keputusan memulakan sistem pembayaran terbuka ini di lima lebuh raya pertama dapat dicapai.
Sementara itu mengulas persoalan tentang pihak manakah yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan dan memastikan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu dilaksanakan, Nanta berkata semua punca kuasa pelaksanaan sistem pembayaran tol dan semua yang berkaitan tertakluk di bawah bidang kuasa KKR.
"Sehubungan itu saya memohon semua pihak menunggu pengumuman KKR berkenaan senarai jajaran dan lebuh raya yang bersedia untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham dan masalah dalam kalangan pengguna di kemudian hari.
"Ia akan ditentukan selepas semua proses libat urus, teknikal, perundangan dan kewangan telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023

Walaupun ada syarikat konsesi menunjukkan minat dalam sistem pembayaran tol terbuka, namun usaha itu tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa. - Fail/BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

12 syarikat konsesi setuju laksana sistem pembayaran terbuka - Nanta
Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Lima lebuh raya terlibat sistem pembayaran tol terbuka - Nanta
Keputusan memulakan sistem pembayaran tol terbuka dengan hanya melibatkan lima lebuh raya terlebih dahulu, dilakukan bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik.