Sebanyak lima laporan siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) akan didedahkan kepada umum, kata Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim.
Katanya, laporan itu melibatkan rumusan hasil pendengaran Selcat mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan.
Ia turut melibatkan permohonan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) dan siasatan ke atas urusniaga perlombongan pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
"Turut didedahkan laporan siasatan mengenai laporan audit dalam Tahun 2010 berhubung pengurusan kewangan Yayasan Selangor dan kejadian banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada Selasa.
Katanya turut akan didedahkan kepada umum ialah penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan serta laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010.
Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berkata pihaknya menyasarkan menerbitkan sejumlah 200 salinan untuk setiap laporan dan ia akan ditempatkan di perpustakaan dan Jabatan Negeri Selangor.
Bernama
Tue Nov 27 2012
![Lima laporan Siasatan Awam Selcat didedahkan Lima laporan Siasatan Awam Selcat didedahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71353995704_120x90.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ketua Pembangkang Selangor dilantik Pengerusi PAC Negeri Ketua Pembangkang Selangor dilantik Pengerusi PAC Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61536056008_RizamIsmail.jpg)
Ketua Pembangkang Selangor dilantik Pengerusi PAC Negeri
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam sidang dewan pada Rabu.
![Lima laporan Siasatan Awam Selcat didedahkan Lima laporan Siasatan Awam Selcat didedahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71353995704_120x90.jpg)
Lima laporan Siasatan Awam Selcat didedahkan
Laporan itu melibatkan rumusan hasil pendengaran Selcat mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan.