PETALING JAYA: Seramai lima lelaki yang dipercayai mengugut peminjam yang gagal membayar hutang dengan sindiket pinjaman wang haram atau ah long ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kelana Jaya di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada 11 Februari lalu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang mendakwa telah diugut oleh ahli sindiket terbabit.
Menurutnya, mangsa yang merupakan pengarah sebuah syarikat swasta dan mempunyai masalah kewangan berhubung modal pusingan perniagaan sebelum itu telah membuat pinjaman sebanyak RM96,240 dari sindiket yang menyamar sebagai syarikat peminjam wang berlesen menerusi satu pautan iklan dalam talian pada Disember 2020.
"Mangsa seterusnya telah membuat pembayaran balik pinjaman berkenaan sebanyak RM100,895, tetapi telah didesak dengan pelbagai ugutan supaya membayar balik bayaran pokok sebanyak RM72,000 lagi.
"Mangsa kemudian dihubungi oleh ahli sindiket yang memperkenal diri dari syarikat pinjaman wang berlesen dan membuat tawaran untuk melangsaikan bayaran tertunggak pinjaman yang dilakukannya sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, terdesak melangsaikan pinjamannya, mangsa telah menandatangani satu perjanjian 'money lenders agreement' untuk menyelesaikan baki pinjaman pokok tersebut, tetapi mangsa perlu membuat pembayaran balik mencecah RM120,000.
Mohamad Fakhrudin berkata, selepas gagal melangsaikan baki pinjaman berkenaan, suspek telah menghantar ahli sindiket ke kediaman ibu mangsa untuk mengugut dan membaling telur ke arah rumah keluarganya setiap hari.
Katanya, bertindak atas maklumpat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, berjaya menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dengan kes tersebut sekitar jam 4 petang, Rabu.
Menurutnya, pasukan serbuan turut merampas beberapa barang kes termasuk telefon bimbit pelbagai jenama dan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk membantu siasatan.
"Semakan rekod lampau mendapati tiga daripada lima suspek tersebut mempunyai rekod lampau bersabit kes-kes jenayah yang lain.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek direman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 08 2022
Seramai lima lelaki yang dipercayai mengugut peminjam yang gagal membayar hutang dengan sindiket pinjaman wang haram atau ah long ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kelana Jaya pada Rabu.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.