PUTRAJAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM33.4 juta yang turut merangkumi hak penyiaran perlawanan bagi memastikan kelancaran saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2021.
Tanpa mendedahkan butiran penaja, Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan badan pentadbir Liga-M itu menjangka beberapa lagi penaja akan tampil, namun ia masih di peringkat perbincangan.
"Sehingga kini, jumlah penajaan adalah RM33,428,000 dan jumlah itu melibatkan hak penyiaraan, penajaan yang antaranya dalam bentuk barangan dan perkhidmatan.
"Itu jumlah kita berjaya dapatkan dalam tempoh pandemik COVID-19 dan kita sebenarnya ada beberapa lagi peluang penajaan yang masih dalam perbincangan dan belum ditandatangani, jadi kita harap akan ada penambahan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media majlis pelancaran Liga-M 2021 di sini pada Isnin.
Majlis pelancaran itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Pada November lepas, dua syarikat swasta, CIMB dan AirAsia menamatkan kerjasama penajaan bagi saingan Liga-M 2021 sebelum syarikat penerbangan tambang murah itu kembali menyatakan minat untuk menjadi salah satu penaja bagi saingan musim ini pada Disember.
Musim lepas juga menyaksikan perjalanan Liga-M terjejas dengan jumlah perlawanan liga dipendekkan selain pembatalan beberapa kejohanan antaranya Piala FA dan Piala Malaysia.
Sementara itu, Ab Ghani berkata sepanjang setahun berdepan pandemik COVID-19, MFL menerima pelbagai rintihan khususnya daripada penyokong bola sepak yang tidak dibenarkan ke stadium susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).
"Di sini sebahagian besar mereka mula menyedari betapa bernilai, sentimental dan semangat ukhwah dalam kelompok penyokong bola sepak terhadap Liga-M.
"Jadi saya sangat yakin dan percaya Liga-M 2021 bukan sahaja akan mendapat sokongan pelbagai pihak sebaliknya bakal menjadi penanda aras di mana Liga-M juga memiliki kualiti dan potensi besar," jelas beliau.
Kempen Liga-M akan membuka tirai dengan pertembungan antara juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021
Hamidin memaklumkan badan pentadbir Liga-M itu menjangka beberapa lagi penaja akan tampil, namun ia masih di peringkat perbincangan. - BERNAMA
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Perak FC hanya tunggu bukti dana
IMC Sdn Bhd juga telah berbincang dengan pihak terbabit dan bersetuju dengan sebahagian besar terma-terma dikemukakan.
MFL kesal dengan budaya samseng bola sepak
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kesal dengan insiden pergaduhan di antara segelintir penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC dan Selangor FC di luar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras semalam.
Malaysia Airlines rakan penerbangan rasmi Liga-M 2022
Malaysia Airlines menyediakan perjalanan selamat dan lancar untuk MFL selain menyokong aktivitinya.
Kuota pemain import Liga-M kekal musim ini - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merasakan sudah terlalu lewat untuk membuat sebarang perubahan berhubung kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Sarawak United bakal berdepan hukuman berat
Stuart berkata sebarang penukaran pasukan menggantikan Sarawak United itu terserah kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan selanjutnya.
Piala Malaysia: Pasukan sedia terima 'pemain ke-12' kembali ke stadium
Kesemua 16 pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia 2021 sudah bersiap sedia menerima kembali kehadiran 'pemain ke-12' ke stadium bermula 29 Okt ini.
Hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Premier 2022
MFL mengumumkan saingan Liga Premier 2022 akan disertai 10 pasukan berbanding 11 pasukan musim ini selepas Perak FC II sah disingkirkan daripada saingan divisyen kedua Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Stuart Ramalingam diumum CEO baharu MFL esok?
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, hampir pasti diumumkan sebagai CEO Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat.
Dua pemain KDA FC positif COVID-19, MFL tunda aksi di Alor Setar
Liga Bola Sepak Malaysia mengesahkan dua pemain Kedah Darul Aman FC positif COVID-19, sekali gus memaksa perlawanan Liga Super antara KDA FC dan Penang FC esok ditunda ke satu tarikh baharu.