KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk melaksanakan usaha menyelesaikan isu kebankrapan dalam kalangan rakyat secara menyeluruh, khususnya melibatkan individu yang mahu mencari penyelasaian beban hutang secara menyeluruh.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata ini kerana masih banyak isu berkaitan insolvensi dan kebankrapan yang perlu diperjelaskan termasuk langkah yang perlu diambil oleh pengguna sekiranya berdepan masalah kewangan.

"PPIM menggesa kerajaan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu rakyat Malaysia berdepan isu kebankrapan bagi mendapat maklumat dan data yang tepat.

"Tidak bergantung seratus peratus kepada Jabatan Insolvensi kerana tidak semua rakyat berurusan dengan jabatan itu," katanya dalam sidang media di ibu  negara hari ini.

Kebankrapan | PPIM gesa penyelesaian isu kebankrapan menyeluruh


Tambahnya, PPIM bagaimanapun berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman beliau sewaktu pembentangan Belanjawan 2023 untuk berusaha peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.

[INFOGRAFIK] Belanjawan 2023

"Usaha berterusan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman juga harus dipuji kerana kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360)," katanya lagi.

Terdahulu, Azalina dalam satu kenyataan memberitahu, Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) untuk menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan.

Antara cadangan sedang dipertimbang kerajaan termasuk penetapan had masa pemfailan borang bukti hutang oleh pemiutang. Ia untuk mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan individu bankrap.

Bankrap | Kerajaan pertimbang cadangan menambahbaik sistem pentadbiran