KUALA LUMPUR:Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menfailkan saman terhadap Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, memintanya membayar cukai pendapatan berjumlah RM68 juta.
Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 15 Jan lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Lim, 43, sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu bagi tahun taksiran 2010 hingga 2013.
Mengikut senarai kes mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini yang kemudiannya menetapkan 16 Mac ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Mengikut pernyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-Tahun Taksiran 2010, 2011, 2012 dan 2013, defendan telah ditaksirkan dengan cukai pendapatan berjumlah RM2,706,803.84, RM22,090,949.92, RM35,479,911.48 dan RM1,538,473.04 melalui Notis-notis Taksiran masing-masing bertarikh 30 Sept 2020.
Plaintif mendakwa Notis-notis Taksiran itu telah dihantar secara pos berdaftar kepada defendan pada 24 Nov 2020 ke alamat terakhirnya di Taman Pusat Kepong, di sini yang diketahui oleh plaintif pada masa itu, namun notis berkenaan tidak pernah dikembalikan kepada plaintif tanpa serah.
Menurut plaintif, seterusnya lebihan kredit sebanyak RM782.02 telah digunakan dan ditolak sebagai sebahagian bayaran cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2010 itu, meninggalkan baki yang masih terhutang dan perlu dibayar sebanyak RM2,706,021.82 bagi tahun taksiran berkenaan.
"Oleh kerana defendan gagal untuk membayar jumlah cukai sebanyak RM2,706,021.82, RM22,090,949.92, RM35,479,911.48 dan RM1,538,473.04 dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penyampaian Notis-notis Taksiran itu kepadanya (defendan), seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, kenaikan cukai sebanyak 10 peratus masing-masing berjumlah RM270,602.18, RM2,209,094.99, RM3,547,991.14 dan RM153,847.30 telah dikenakan dan ditambah ke atas keseluruhan cukai pendapatan bagi Tahun-tahun Taksiran 2010 sehingga 2013 yang masih belum dibayar," menurut plaintif dalam pernyataan tuntutannya.
Dakwa plaintif, sehingga kini defendan masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan defendan yang masih terhutang dan genap masanya dan perlu dibayar bagi Tahun-tahun Taksiran 2010 sehingga 2013 termasuk kenaikan-kenaikan yang dikenakan ke atasnya, kesemuanya berjumlah RM67,996.891.87.
Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM67,996.891.87, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.
Media sebelum ini melaporkan Tan merupakan sekutu rapat Jho Low dan turut terlibat dalam transaksi berbilion ringgit dalam skandal 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Plaintif menuntut defendan membayar RM67,996.891.87, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.