Seorang rakan kongsi Tetuan Lewis & Co memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa firma guaman itu bukan pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
V. Premshangar, 50, peguam cara dan peguam bela firma berkenaan berkata, firma guaman itu juga tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.
"Saya terlebih dahulu telah memeriksa rekod lejar serta pembukaan fail di pejabat saya. Kami tidak pernah membuka fail untuk Yayasan Akalbudi dan kami tidak pernah menjadi pemegang amanah Yayasan Akalbudi," katanya yang bekerja di Lewis & Co sejak 1995 dan menjadi rakan kongsi pada 1998.
Beliau berkata demikian semasa disoal balas peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid pada hari ke-32 perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Semasa perbicaraan sebelum ini, dakwaan bahawa Lewis & Co adalah pemegang amanah Yayasan Akalbudi sering dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang mewakili Ahmad Zahid.
Hisyam: Adakah kamu bersetuju bahawa perbincangan antara rakan kongsi kamu B. Muralidharan dengan Ahmad Zahid di kediamannya (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang pada April 2016 adalah mengenai akaun simpanan tetap untuk Yayasan Akalbudi.
Premshangar: Saya tidak bersetuju kerana saya tidak terlibat dalam perbincangan itu.
Pada 30 Julai lepas, akauntan Lewis & Co, V. Sothilechmy yang merupakan saksi ke-85 memberitahu mahkamah bahawa firma guaman itu ada membuka fail atas nama Yayasan Al-Falah pada Mei 2016, bagi tujuan kebajikan.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ke-66, peguam dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah, Faisalludin Mohamat Yusuff, 43, memberitahu mahkamah bahawa yayasan itu adalah milik keluarga Hamidi (keluarga besar Ahmad Zahid) manakala Yayasan Akalbudi khas untuk Ahmad Zahid.
Sementara itu, ketika membacakan penyataan saksi, Premshangar mengesahkan bahawa beliau tiada pengetahuan bagaimana Lewis & Co boleh terlibat dalam pengurusan duit daripada Ahmad Zahid kerana perkara tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Muralidharan.
“Berkaitan pengurusan cek-cek kemasukan wang ke dalam akaun ini (akaun pelanggan Lewis & Co) saya sahkan saya tidak terlibat dengan pengurusan cek-cek kemasukan dan pengeluaran wang tersebut kerana perkara tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Muralidharan,” katanya.
Premshangar turut mengesahkan bahawa beliau tidak menerima apa-apa arahan secara terus daripada Ahmad Zahid berkaitan dengan kemasukan cek-cek ke dalam akaun tersebut dan arahan hanya melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu serta Muralidharan.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. -Gambar fail
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.
Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke- 37 perbicaraan.
Lewis & Co bukan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Zahid - Saksi
Firma guaman itu juga dikatakan tidak pernah menguruskan fail dan buku lejar berkaitan Yayasan Akalbudi.