PADANG BESAR: Satu letupan kuat dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah di Padang Besar di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku di luar pagar sekolah itu jam 7.30 pagi.
“Polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke tempat kejadian.
"Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati letupan berpunca daripada sebuah objek dipercayai buatan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohd Shokri menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis selain mengganggu ketenteraman awam.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Aug 16 2023

Polis menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku di luar pagar sekolah itu jam 7.30 pagi. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

300,000 rakyat Malaysia berkunjung Thailand sepanjang cuti Deepavali
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.

Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.

Buruh didakwa edar 16kg kanabis
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar.

Pekerja rencam berdepan hukuman gantung, didakwa edar syabu RM19 juta
Seorang pekerja rencam berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selepas dihadap ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Padang Besar.

Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM
Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Jan lepas, bukan berada di dalam kawasan FRIM.

Polis tumpas sindiket jadikan Hutan Simpan FRIM tempat simpan dadah, rampas syabu RM19 juta
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan Hutan Simpan Persekutuan FRIM di Padang Besar sebagai tempat transit menyembunyikan dadah.

Penganggur didakwa edar 70kg kanabis, miliki pistol, 50 peluru
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 70 kilogram (kg) dadah jenis kanabis.

Lelaki warga asing rempuh kereta polis ditahan
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam pada Ahad (3 Sept).

Letupan kedua di landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar bukan kecuaian - Polis
Polis Thailand menyangkal dakwaan letupan kedua yang berlaku di landasan kereta api Sadao sehingga mengorbankan tiga pekerja pada Selasa disebabkan kecuaian skuad pemusnah bom.

3 maut dalam letupan bom terbaharu landasan kereta api Hat Yai-Padang Besar
Tiga pekerja SRT maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla.