NEW DELHI: Letupan bom yang mengorbankan tiga guru Cina di Karachi pada Selasa dilihat sebagai percubaan untuk menjejaskan hubungan dan projek ekonomi antara Pakistan-China.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif diiringi beberapa menteri, termasuk Menteri Hal Ehwal Luar Hina Rabbani Khar dan Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah Khan, melawat Kedutaan China di Islamabad bagi mengucapkan takziah.
"Serangan itu tidak akan berjaya menjejaskan "hubungan antara kedua-dua negara"," kata Shehbaz.
Beliau memberi jaminan kepada kuasa usaha China, Pang Chunxue bahawa kejadian itu akan disiasat segera dan Pakistan akan memastikan dalang di sebalik kejadian itu akan menerima hukuman sewajarnya, menurut pejabat perdana menteri dalam hantaran di media sosial.
"Perbuatan pengecut itu juga satu serangan terhadap persahabatan dan kerjasama berterusan antara kedua-dua negara.
"Pakistan dan China adalah mempunyai hubungan yang rapat. Pakistan sangat mementingkan keselamatan warga China, projek dan institusinya di Pakistan," menurut Kementerian Hal Ehwal Luar dalam satu kenyataan.
Tiga warga China dan seorang pemandu rakyat tempatan terbunuh dalam serangan bom, berhampiran Institut Confucius Universiti Karachi.
BACA: Tiga warga China antara terbunuh dalam insiden letupan di Karachi
Kumpulan pengganas Tentera Pembebasan Baloch, yang menentang projek infrastruktur dibina di bawah Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC), mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.
Lebuh raya, loji janakuasa dan zon perindustrian adalah sebahagian daripada pelaburan besar China di Pakistan yang mendapat sokongan kerajaan.
"Ini adalah satu lagi serangan dengan agenda khusus cuba menjejaskan hubungan strategik Pakistan-China. Kita mesti mengalahkan agenda musuh yang disokong anasir asing ini," kata bekas perdana menteri Imran Khan.
Kumpulan pengganas turut menyasarkan kakitangan China yang bekerja di projek infrastruktur Pakistan sebelum ini.
Tahun lalu sembilan warga China dan empat rakyat Pakistan terbunuh dalam satu letupan menyasarkan bas yang dalam perjalanan ke tapak projek kuasa hidro Dasu 4,300 megawatt di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Kumpulan pengganas Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) didakwa bertanggungjawab atas serangan itu.
Kementerian Luar China dalam satu kenyataan di laman sesawangnya pada Selasa memberi amaran dalang di sebalik serangan terbaharu itu "pasti akan menerima hukuman setimpal."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
Anggota polis serta pasukan pencegahan jenayah memeriksa kenderaan susulan kejadian letupan di pintu masuk Universiti Institut Confucius di Karachi. - Foto REUTERS
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 September 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
- Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
- Apple 16 Pro hadir dengan skrin lebih besar, butang kawalan kamera, Cip A18 Pro, Fokus AI
#AWANInews #AWANIpagi
- Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
- Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
- Apple 16 Pro hadir dengan skrin lebih besar, butang kawalan kamera, Cip A18 Pro, Fokus AI
#AWANInews #AWANIpagi
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Kane intai penampilan ke-100
Menurut Persatuan Bola Sepak (FA) England, Kane akan menjadi pemain ke-10 negara tersebut mencapai sasaran berkenaan.
Taiwan tawar penjalanan mesra Muslim kepada pelancong Malaysia
Pelancong Malaysia yang melawat Taiwan yang meningkat hampir 20 peratus sejak awal tahun kini hingga Mei lalu sekali menyerlahkan komitmen negara itu menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim.
Malaysia sedang perhebat kemampuan dalam industri semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai kelebihan daya saing dalam sektor semikonduktor, termasuk sebagai pemain utama dalam industri elektrikal dan elektronik.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya dalam menyokong sukan tempatan dan menyemai perasan bangga terhadap negara melalui bola sepak.
MFL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kerjasama itu mencerminkan strategi lebih luas Malaysia Airlines menggunakan sukan sebagai platform untuk menyatukan negara dan mempamerkan budaya Malaysia di pentas global serta mengukuhkan komitmennya dalam memberikan pengalaman luar biasa sama ada di udara mahupun di padang.
MFL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kerjasama itu mencerminkan strategi lebih luas Malaysia Airlines menggunakan sukan sebagai platform untuk menyatukan negara dan mempamerkan budaya Malaysia di pentas global serta mengukuhkan komitmennya dalam memberikan pengalaman luar biasa sama ada di udara mahupun di padang.
Kim Swee bimbang kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil
Di sebalik kemenangan mendebarkan pasukan bola sepak negara pada Pestabola Merdeka 2024 pada Ahad, Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee pada Isnin membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berkata keadaan padang pada aksi final itu boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pemain dan mengurangkan kualiti keseluruhan permainan.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berkata keadaan padang pada aksi final itu boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pemain dan mengurangkan kualiti keseluruhan permainan.
Pendirian Malaysia konsisten
Kerajaan dan rakyat Malaysia konsisten dalam pendidrian supaya kekejaman terhadap rakyat Palestin dihentikan.
James Earl Jones meninggal dunia pada usia 93
James Earl Jones, pelakon Amerika yang terkenal dengan suaranya sebagai Darth Vader dalam filem "Star Wars," meninggal dunia pada usia 93 tahun.
Jones, yang menghidap diabetes untuk sekian lama, menghembuskan nafas terakhirnya di rumah sambil dikelilingi ahli keluarga, menurut agennya Barry McPherson.
Jones, yang menghidap diabetes untuk sekian lama, menghembuskan nafas terakhirnya di rumah sambil dikelilingi ahli keluarga, menurut agennya Barry McPherson.
Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).