Tindakan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di setiap pelusuk negara susulan letupan bom di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu, adalah perlu untuk kebaikan para pelabur.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu tidak boleh disalahertikan kerana pelabur menitikberatkan soal keselamatan dan keamanan apabila ingin melabur di sesebuah negara.
"Kita tahu antara faktor-faktor yang diambil kira oleh pelabur ialah keselamatan dan keamanan dan hari ini, dengan pendekatan tersebut (meningkatkan kawalan), kita telah menyaksikan keyakinan pelabur terus meningkat terhadap negara terutama Johor.
"Rakyat juga masih bebas untuk berbuat apa sahaja aktiviti walaupun kedengaran terdapat pelbagai perancangan, ancaman dan ugutan dilakukan terhadap Malaysia," kata beliau sebagai mengulas kesan langsung ancaman kumpulan militan Daish terhadap ekonomi negeri.
Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas berkata demikian dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka peringkat DUN Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.
Menurutnya, orang ramai tidak boleh mengganggap ancaman Daish sebagai satu perkara yang mudah, walaupun pada hakikatnya ia masih lagi mampu dikawal pasukan keselamatan negara.
"Masyarakat perlu memberikan kerjasama yang erat kepada pasukan keselamatan untuk menangani masalah ini kerana kita masih yakin terhadap kemampuan mereka untuk mengawal keadaan dan mengesan jika ada apa-apa perancangan yang ingin dibuat bagi mengancam keselamatan orang ramai.
"Pada masa sama, kita juga sentiasa mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Johor bagi mendapatkan laporan semasa tahap keselamatan negeri," katanya.
Kejadian letupan angkara anggota Daish di sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong pada minggu lalu menyebabkan lapan orang cedera dengan seorang daripadanya parah.
Polis kini memburu dua warga tempatan iaitu Md Saifuddin Muji, 28 dan Jasanizam Rosni, 33, masing-masing dari Johor kerana dipercayai menerima arahan daripada anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria untuk melakukan serangan terbabit.
Bernama
Sat Jul 09 2016
KHALED: Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Johor bagi mendapatkan laporan semasa tahap keselamatan negeri. - Gambar fail
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Letupan bom Puchong: Tindakan ketatkan kawalan keselamatan perlu
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan itu tidak boleh disalahertikan kerana pelabur menitikberatkan soal keselamatan dan keamanan apabila ingin melabur di sesebuah negara.