BUTTERWORTH: Pengguna diminta untuk melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat peniaga yang meletakkan syarat mewajibkan pembelian satu kilogram gula putih jernih (premium) terlebih dahulu, jika mahu membeli gula pasir kasar.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata perbuatan meletakkan syarat itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Beliau bagaimanapun berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu dan meminta pengguna tampil jika ia berlaku di kawasan mereka bagi membolehkan penguatkuasaan diambil terhadap peniaga yang terlibat.
“Jika ada peniaga letakkan syarat nak beli gula biasa perlu beli gula premium, maka itu memang salah, tetapi kita tak terima lagi aduan (daripada pengguna).
“Kita juga ada pegawai penguat kuasa yang melakukan tinjauan di premis-premis secara berkala bagi memastikan peniaga mematuhi syarat terutama bagi barang kawalan,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sini hari ini.
Jegan berkata ketika ini, bekalan gula di Pulau Pinang adalah mencukupi.
Berhubung SHMMP, beliau berkata sebanyak 174 pegawai penguat kuasa dan 64 pegawai pemantau ditugaskan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah sepanjang tempoh pelaksanaan yang bermula hari ini hingga 27 Dis, bagi membolehkan penguatkuasaan dibuat secara lebih berkesan terhadap aduan pengguna.
Sementara itu, menurut beliau dari 1 Jan hingga 19 Dis lepas, sejumlah 46,079 premis di seluruh Pulau Pinang telah diperiksa dengan 777 kes diambil tindakan atas pelbagai kesalahan membabitkan jumlah sitaan RM3.38 juta, kompaun RM633,300 dan denda sebanyak RM24,000.
Dalam tempoh itu juga, pihaknya menerima 2,264 aduan iaitu 861 mengenai harga barangan dan perkhidmatan, 156 berkaitan bekalan barang kawalan, manakala selebihnya lain-lain aduan.
“Untuk Program Jualan Rahmah pula, ia masih diteruskan dan sebanyak 470 jualan telah diadakan di 13 Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Pulau Pinang.
“Sebanyak 483,350 pengunjung direkodkan hadir pada prgram itu dengan jumlah jualan mencecah RM16.5 juta,” katanya.
- Bernama
Bernama
Sat Dec 23 2023
![Letak syarat beli gula, peniaga boleh diambil tindakan - KPDN Letak syarat beli gula, peniaga boleh diambil tindakan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703315656_TBskimharga.jpg)
Jegan memeriksa tanda harga sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 peringkat negeri di sebuah pasar raya hari ini. - Bernama
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718807524_TBdieselbersubsidi.jpg)
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
![Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711809618_makanancolekpopula.jpg)
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
![KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709389237_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
![Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709643140_WanSukairiWanAbdu.jpg)
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
![MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708422901_TBArmizanMohdAli.jpg)
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
![Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705481142_TBARIFFINSAMSUDIN.jpg)
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
![KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613 KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692849931_TBselewengdiesel.jpg)
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
![Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703582971_SorokMinyak.jpg)
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
![Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
![Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."