SHAH ALAM: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada jam 8 malam Jumaat.
Berdasarkan surat edaran jemputan media daripada firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co, sidang akhbar itu akan diadakan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.
Peguam firma berkenaan, Faizal Rahman mengesahkan tentang jemputan sidang akhbar berkenaan yang dikeluarkan pihaknya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mohammad Agus pada Khamis mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak supaya melepaskan jawatan tersebut.
Mohammad Agus dilantik ke jawatan berkenaan pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.
Ekoran itu beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang sebelum ini turut menggesa supaya J-KOM dibubarkan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 17 2023

Surat edaran jemputan sidang media Agus yang dikeluarkan firma guaman Tetuan Faizal Rahman & Co pada petang Jumaat. Gambar kanan: Mohammad Agus Yusoff
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.

Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis.

Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.

Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.

Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.

Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.

‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa dirinya dipergunakan dan dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu sehingga terpalit dengan isu video tular melibatkan Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.

Video tular: Ustaz Hakim Ramlee nafi diri 'Mr H'
Muhamad Hakim berkata dia juga tidak tahu mengapa boleh dikaitkan dengan "Mr H", selain menegaskan ia bersifat sangat rambang.

Letak jawatan KP J-KOM, Agus buat sidang akhbar malam ini
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dijangka mengadakan satu sidang akhbar pada jam 8 malam Jumaat.