SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Beliau turut menegaskan akan mengemukakan saman, jika mendakwa beliau adalah individu bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit.
Chegu Bard berkata, penjelasan Datuk Muhammad Agus Yusoff berhubung rakaman video berunsur lucah membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu dan seorang lelaki pada Jumaat disifatkan sangat mengelirukan.
“Nampaknya masalah lebih rumit. Adakah ini mengesahkan masalah Agus dengan beberapa individu dalam Pejabat Perdana Menteri itu benar?.
"Siapa pula 'Mr H'? Adakah ia orang di bawah pengaruh pejabat Perdana Menteri (PM) ingin singkir Agus?, soalnya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Che'gu Bard turut menasihatkan Muhammad Agus supaya berhenti 'melondehkan' lebih banyak maklumat berhubung rakaman berdurasi lebih tiga minit yang dimuat naik di laman sosialnya, kelmarin.
Beliau berkata, Muhammad Agus bukan sahaja menampilkan Abdul Wahab, malah mengesahkan video berkenaan benar.
"Wahab mengaku rakam, cuma tanpa audio. Rakaman video call (panggilan video) tanpa audio, lucu juga alasannya. Wahab mengaku dia diupah 'Mr H', yang juga kakitangan J-KOM.
"Wahab mengaku video ini benar tetapi mengatakan ia sudah dikerat (dipotong). Video asal yang panjang kita harap Wahab berani keluarkan. Siapa 'Mr H'?
"Jika wujud dan benar 'Mr H' lakukan jenayah? Berapa dia (Mr H) upah Wahab untuk rakam dan berapa pula Muhammad Agus upah Wahab untuk mengaku?" katanya.
Beliau mengulas sidang media Muhammad Agus dan Abdul Wahab yang juga penolong pegawai J-KOM susulan panggilan video berunsur lucah didakwa mengaitkan mereka yang tular di media sosial.
Rakaman itu didakwa palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab, dikatakan bertujuan menjatuhkan reputasi Mohammad Agus.
Abdul Wahab dipetik mengakui merakamnya, namun isi perbualan bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial, selain mendakwa rakaman video berunsur lucah terbabit adalah konspirasi Mr H yang identitinya tidak didedahkan.
Sementara itu, Che'gu Bard mengakui memuat naik rakaman terbabit di platform media sosialnya selepas mendakwa klip video berkenaan sudah pun tersebar, bertujuan mendapatkan maklum balas berhubung ketulenannya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023

Che'gu Bard berkata, Muhammad Agus bukan sahaja menampilkan Abdul Wahab, malah mengesahkan video berkenaan benar. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.

Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.

Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.

Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.

Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.

Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.

‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa dirinya dipergunakan dan dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu sehingga terpalit dengan isu video tular melibatkan Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.