SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan dua pembantu penguat kuasa kanan sebuah agensi kerajaan yang disyaki menerima wang rasuah bagi urusan permohonan lesen kenderaan 'gerenti lulus.'
Menurut sumber, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor hari ini.
Ia susulan penahanan dua suspek sebelum ini membabitkan seorang wanita yang juga pekerja sambilan dan seorang pengajar lelaki di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta wang daripada calon ujian memandu sebagai dorongan bagi mendapatkan lesen gerenti lulus.
Tambah sumber itu, suspek terbabit masing-masing dipercayai menerima wang tunai berjumlah RM1,750 dan RM750 bagi tujuan tersebut.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim pula mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret pagi esok untuk permohonan reman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Rasuah lebuh raya: SPRM tahan ketua penolong pengarah badan berkanun
Sumber SPRM berkata lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM pada 10 malam, semalam selepas hadir memberi keterangan.
Isu HRD Corp: SPRM mula rekod keterangan individu minggu depan
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini pihaknya masih meneliti dokumen yang diperoleh.
Isu HRD Corp: SPRM teliti jika ada elemen rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen diserahkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini berhubung isu membabitkan HRD Corp.
Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM
Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
KESUMA arah buat laporan SPRM untuk siasat pendedahan PAC
Kementerian Sumber Manusia arah Ketua Setiausahanya dan Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan kepada SPRM untuk siasat masalah yang didedah PAC.
Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya di antara 10 hingga 31 Mei 2017.
SPRM tahan dua lagi individu terlibat rasuah projek lebuh raya di Lembah Klang
Pengarah lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an ditahan antara 5 petang dan 7 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.