BACHOK: Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Beliau berkata prosedur pengambilan lesen itu meliputi kursus kurikulum pendidikan pemandu (KPP), teori, praktikal dan praujian yang sama seperti yang ditetapkan JPJ.
"Walaupun lesen ini diberikan secara percuma, ia adalah lesen yang kompeten dan bukan 'lesen terbang' kerana kita mahu pastikan penunggang mematuhi peraturan di jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.
"Pemilik lesen B2 ini juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.
Hasbi turut menyampaikan sumbangan 300 unit topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) kepada penerima lesen B2 Kelantan.
Seramai 900 penduduk Kelantan menerima bantuan lesen memandu B2 menerusi program MyLesen dengan penerima termuda berumur 16 tahun dan yang paling tua berumur 67 tahun.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang mendapat bantuan pemilikan lesen tersebut perlu menghabiskan semua prosedur sehingga mendapat lesen memandu mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Kita tidak mahu penerima bantuan mengikuti kelas separuh jalan. Walaupun inisiatif ini diberi secara percuma kita mahu pastikan penerima memanfaatkannya sebaik mungkin agar matlamat kita untuk bantu golongan B40 tercapai," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja pasar raya Siti Nor Ain Mohd Kamaruzaman, 22, berkata beliau sangat bersyukur menerima bantuan itu kerana nilai RM400 lebih untuk mendapatkan lesen motosikal sangat besar baginya dan beliau belum mampu menyediakan jumlah sebanyak itu.
"Lepas ini saya tidak perlu lagi risau menunggang motosikal untuk ulang-alik dari Kampung Salor, Kota Bharu ke tempat kerja di pusat bandar bagi menambah pendapatan keluarga," kata ibu kepada bayi berumur sembilan bulan itu dan menambah beliau bekerja bagi meringankan beban suaminya Mohd Hanif Zaki, 22, seorang mekanik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Hasbi berkata prosedur pengambilan lesen itu meliputi kursus kurikulum pendidikan pemandu (KPP), teori, praktikal dan praujian yang sama seperti yang ditetapkan JPJ. -Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kendalian kargo Pelabuhan Pulau Pinang naik 0.77 peratus pada 2024 - Hasbi
Pelabuhan Pulau Pinang mencatat prestasi pengendalian kargo yang meningkat sebanyak 0.77 peratus iaitu 32.33 juta tan berat muatan pada 2024.

Parlimen: Baki 19 pesawat Airbus A330neo diterima mulai bulan ini
Baki 19 lagi pesawat Airbus A330neo yang dibeli syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG), dijangka mula diterima bulan ini hingga 2026.

Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.

Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.

MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.

Program MyLesen B2 langkah lahirkan penunggang motosikal kompeten, celik undang-undang
Di bawah program ini, golongan belia dan B40 berpeluang dapat lesen B2 secara percuma dan kerajaan menyasarkan 35,000 penerima tahun ini.

Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.

Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.

Kekurangan penerbangan ke dan dari Labuan disebabkan 'faktor muatan' - Hasbi
Walaupun MoT berkuasa luluskan penerbangan baharu atau tambahan atas permintaan, keputusan akhir terletak pada syarikat penerbangan komersial.

Kementerian Pengangkutan akan tubuh Majlis Pelayaran
Kementerian Pengangkutan bersedia menubuhkan Majlis Pelayaran bagi memajukan industri itu di Malaysia dan langkah tersebut dijangka mampu meningkatkan sektor pelancongan negara dengan ketara.