Letih, lemah, serta panas badan.
Itu simptom yang dialami dua pengawal keselamatan warga Nepal yang dimasukkan ke hospital selepas mendakwa minum kopi pra-campuran berperisa durian ketika sedang bertugas.
Sapkota Mangai Prasea, 45 tahun, berkata, dia dan rakannya Bishnu Shrestna, 41 tahun, berkongsi sebungkus minuman itu ketika sedang bertugas di pondok pengawal keselamatan di sebuah bangunan komersial di Pulau Tikus.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi Selasa itu, mereka mula rasa pening dan keletihan selepas menghabiskan minuman tersebut sehingga salah seorang daripada mereka pengsan.
“Pada mulanya saya mengalami mabuk-mabuk dan pening kepala. Kemudian, selepas tiga minit, semuanya menjadi gelap,” jelas Sapkota.
Sapkota yang bekerja di Pulau Pinang sejak empat tahun lepas dan fasih berbahasa Malaysia berkata mereka bernasib baik kerana gejala yang dialami itu tidak mengancam nyawa dan mereka semakin pulih sekarang ini.
Bishnu berkata, semasa kejadian, terdapat empat pegawal keselamatan sedang bertugas namun hanya dia dan Sapkota sahaja yang minum air kopi itu sebelum mengalami gejala berkenaan.
"Saya rasa mahu muntah tapi tidak muntah, dan memang terus rasa letih serta macam hendak pengsan lepas minum air kopi itu. Waktu itu hanya ingat keluarga di Nepal dan mati saja," katanya.
Dia mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja yang terus membawa mereka ke HPP sejurus kejadian itu kerana jika lambat, mungkin keadaan mereka akan lebih teruk.
Mereka ditemui selepas menerima kunjungan daripada Konsul Kehormat Nepal Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di Hospital Pulau Pinang, pada Khamis.
Sementara itu, Huan memaklumkan keadaan kesihatan mereka berdua semakin baik dan dijangka dibenarkan keluar hospital dalam tempoh terdekat.
BACA: 'Kopi durian' beracun: Dua lelaki dilaporkan stabil
BACA: Analisa sampel 'kopi putih durian', kenal pasti jika ada bahan kimia - Subramaniam
BACA: Dua lelaki dirawat selepas minum sejenis kopi
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan lima individu dirawat di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk dipercayai selepas minum sejenis kopi sejak beberapa hari lalu.
Pengarahnya Dr Wan Mansor Hamzah berkata semua mereka berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian.
Tiga daripada mereka dibenarkan keluar dari wad selepas keadaan mereka bertambah baik, manakala dua lagi masih menerima rawatan di HPP.
Sementara itu, Bernama melaporkan, tinjauan di George Town mendapati beberapa pasar raya yang menjual kopi pracampuran itu telah menghentikan penjualan kopi berkenaan.
Bungkusannya juga tidak lagi kelihatan di rak barangan selepas kejadian yang menimpa dua pengawal keselamatan tersebut menjadi tular di Facebook.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Feb 01 2018

Huan mendengar penjelasan Bishnu (kanan) dan Sapkota (kiri) yang sedang menerima rawatan di HPP. --fotoBERNAMA.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Gangguan bekalan elektrik: 'Kecoh juga, urusan tergendala seketika'- Pesakit
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang memberi kesan terutama kepada pesakit di hospital apabila tidak terlepas mengalami gangguan pada Rabu.

Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.

Mohamad Sabu stabil, dijangka keluar hospital esok
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu kini berada dalam keadaan stabil.

Hospital bergerak Australia teruskan usaha rawat hidupan liar di tapak baharu
Hospital bergerak yang merawat hidupan liar di Australia seperti koala dan kangaroo bakal berpindah ke lokasi baharu di Byron Bay.

Empat kluster baharu dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
KKM memaklumkan terdapat empat kluster baharu dikenal pasti pada Ahad iaitu Kluster Bah Layangan, Kluster Alma, Kluster Auto dan Kluster Penjara Kepayan.

Dua kanak-kanak antara empat kes baharu COVID-19 di Sarawak
Sarawak mencatat empat lagi kes COVID-19 menjadikan kes keseluruhan berjumlah 763 kes

Perdana Menteri negatif COVID-19 bagi saringan kedua, tamat kuarantin
Tambah kenyataan tersebut lagi, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah tamat tempoh kuarantin pada 16 Oktober.

COVID-19: KKM kesan tiga lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Lekir, Kluster Buntar, dan juga Kluster Merbok.

6 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti, 4 di Sabah
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, empat adalah di Sabah, satu masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang.

COVID-19: Gelombang ketiga lebih mencabar, namun KKM lebih bersedia - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia lebih mencabar.