APABILA tersebarnya kisah seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa berdepan kemungkinan kehilangan isteri dan anaknya, antara pihak yang paling terkesan adalah pusat zakat.
Ini kerana melalui cerita berkenaan, masyarakat dimaklumkan bahawa lelaki berkenaan ada meminta bantuan zakat kerana keadaan kewangannya yang sudah ke tahap kritikal sehingga tidak mampu membeli sekampit beras untuk keluarga.
Namun, dakwa lelaki itu, permohonannya ditolak atas alasan pemberian zakat adalah mengikut nama penerima yang sudah tersenarai.
Lantas, institusi zakat menjadi mangsa kritikan bertubi-tubi masyarakat yang tidak faham mengapa keadaan itu berlaku.
Astro AWANI menghubungi Abdul Basith Hamid, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor, untuk memperjelaskan situasi ini.
Menurut beliau, Lembaga Zakat Selangor khususnya, menerima banyak permohonan bantuan zakat kecemasan setiap hari.
Pun begitu, dari keseluruhan kes permohonan zakat kecemasan yang dibuat, 98 peratus akan ditunaikan manakala hanya dua peratus ditolak.
Kebiasaannya, kes yang ditolak adalah melibatkan beberapa isu, antaranya pemohon di bawah pengaruh dadah dan alkohol, pemohon merupakan lelaki sihat dan tiada tanggungan.
Namun jika sekalipun permohonan ditolak, pemohon tetap akan dibekalkan dengan wang bantuan saku.
"Biasanya kita tak akan biarkan dia pergi begitu sahaja. Dia akan tetap dibantu, sekurang-kurangnya wang untuk dia makan hari itu," kata Abdul Basith.
Mengulas situasi yang dialami lelaki berkenaan, kata Abdul Basith, dia tidak pasti apa sebenarnya berlaku kerana tiada maklumat yang sahih diperolehi, namun ada kemungkinan ia terjadi kerana salah faham dan isu komunikasi.
Ini kerana, berdasarkan pengalamannya, pemohon yang ditolak permohonannya, kebiasaannya akan terus beredar tanpa memperjelaskan situasi yang melanda dirinya.
"Apabila diberitahu nama dia tiada dalam senarai penerima, dia akan terus beredar. Mungkin malu untuk bercerita. Sedangkan kalau dia ceritakan situasi masalahnya yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang, kami pasti akan bantu.
"Dalam banyak situasi, kami akan terus hantar wakil ke rumah pemohon, dan jika benar dia memerlukan bantuan, RM300 akan terus diberikan," jelas Abdul Basith.
Dan jika pemohon didapati dalam golongan asnaf, dia akan diminta memfailkan permohonan untuk membolehkan dia menerima bantuan secara berkala.
Dalam pada itu, Abdul Basith juga berharap orang ramai, agar berhati-hati dalam usaha mereka untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
"Kami puji usaha masyarakat memberi bantuan tapi dalam masa yang sama, perlu berhati-hati kerana sudah banyak kes sebelum ini, di mana tabung bantuan diwujudkan, namun si penerima terbukti bukan dalam kalangan yang memerlukan," ujarnya.
Orang ramai, khususnya penduduk Selangor, boleh menghantar 'private message' atau PM ke laman Facebook Lembaga Zakat Selangor untuk membuat laporan atau aduan berkenaan kes asnaf atau mereka yang tidak berkemampuan.
Madiha Abdullah
Tue Feb 14 2017
Pusat zakat juga perlu mengikut SOP tertentu apabila mahu mengagihkan bantuan.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
MAIWP korban 17 ekor lembu untuk asnaf sempena ulang tahun ke-50
Diagihkan kepada 500 asnaf dari sekitar Parlimen Batu, sumbangan daripada individu, warga kerja MAIWP serta anak-anak syarikat MAIWP.
Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
MAIWP akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.
The Raw. infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf
Dijayakan bersama Pertubuhan Kebajikan Richworks (RichWell); Enrichment Media Lab Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis).
Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.