Seorang penoreh getah di Kampung Nako Nambua, di sini, mengambil inisiatif menjual lemang pada harga murah bertujuan membantu golongan penoreh yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Menurut Muhamad Azmi Mat Rejab, 32, dia menjual lemang bagi menambah pendapatannya sejak seminggu lalu berikutan harga getah yang semakin jatuh.
Katanya, setiap pagi selepas solat subuh, Azmi bersama tiga pembantu akan mencari buluh di sekitar kampung sebelum membakar lemang dan menjualnya sekitar jam 3 petang.
Kebiasaannya lemang dijual pada harga lebih RM10 sebatang, tetapi Muhamad Azmi memilih untuk menjual pada harga lebih murah berikutan dirinya sendiri tidak mampu membeli lemang pada harga biasa dengan pendapatan menoreh getah.
"Kita jual lemang harga murah ini untuk bantu orang kampung, bagi semua orang boleh rasa dalam PKP (perintah kawalan pergerakan).
"Insya-Allah ada untung sikit-sikit, ada juga yang bersedekah.
"Dengan keadaan COVID-19, harga getah sekerap yang makin jatuh, hujan lagi. Jadi kalau jual dengan harga tinggi, rasanya ramai yang tak mampu beli di kawasan kampung ini," kata Muhamad Azmi.
Tambahnya, dia amat bersyukur kerana ramai pelanggan datang membeli sehingga tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan.
Katanya, setiap hari lebih 200 batang lemang akan terjual.
Muhamad Azmi berkata walaupun menjual lemang pada harga murah, namun dia tidak pernah mengurangkan penggunaan bahan terutamanya santan.
Katanya, kebanyakan pelanggan akan berulang membeli lemang yang dijual kerana berpuas hati dengan harga dan rasanya.
Bagi pelanggan, Abdul Gani Zakaria yang bekerja sebagai petani, dia berpuas hati dengan rasa dan harga lemang yang dijual Muhamad Azmi.
"Dengan RM5 buat masa sekarang memang susah nak dapat. Tak berbaloi kata orang. Tapi dia berani buat, jadi Alhamdulillah.
"Rasa cukup dengan lemaknya. Masuk hari ini, dah dua kali ulang beli," kata Abdul Gani.
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 24 2020
Muhamad Azmi di gerai jualan lemang RM5 kendaliannya. -Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Lemang RM5 tampung pendapatan penoreh terjejas COVID-19
Muhamad Azmi menjual lemang bagi menambah pendapatannya sejak seminggu lalu berikutan harga getah yang semakin jatuh.