Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan melelong 48 buah kenderaan di cawangan di Jempol minggu depan.

Pengarahnya Saiful Azzri Hamzah berkata lelongan akan dibuat pada Rabu bermula pukul 9 pagi melibatkan empat buah kereta dan 44 motosikal.

Beliau berkata orang ramai boleh membeli dokumen lelong berharga RM50.00 yang dijual pada 24 dan 25 Nov di JPJ Seremban dan Jempol.

Pembida yang berjaya perlu membayar sepenuhnya harga kenderaan yang bernilai kurang daripada RM1,000 dan bagi yang bernilai RM1,000 ke atas, mereka perlu membuat pembayaran 25 peratus dahulu manakala baki 75 peratus lagi dalam tempoh tujuh hari selepas bidaan.