BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi sekitar Permatang Pauh sebagi 'melepaskan niat' dengan pelantikan anak jati dari Pulau Pinang itu.
G.Subramaniam, 75, yang merupakan kontraktor, berkata niat untuk belanja orang ramai itu kerana beliau dan seluruh ahli keluarganya menunggu lebih 20 tahun untuk melihat Anwar, yang merupakan Ahli Parlimen Tambun sekarang ini, menjadi pemimpim nombor satu negara.
"Sejak Jumaat lepas iaitu lepas pelantikan Anwar, memang setiap kali ke kedai kopi atau restoran saya akan buat kenduri untuk orang yang ada di situ, ini untuk lepas niat saya kerana telah lama kita nantikan beliau dilantik sebagai perdana menteri.
"Setiap hari memang ada sahaja orang saya belanja di kedai kopi atau restoran dan ia akan diteruskan sehingga Jumaat ini iaitu genap seminggu pelantikannya...keluarga saya gembira dan teruja lebih daripada kami sambut Deepavali," katanya kepada Bernama pada majlis kesyukuran sempena pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.
Subramaniam, bagaimanapun, enggan mendedahkan berapa jumlah ydibelanjakan sejak Jumaat lepas dan berkata ketika menyaksikan siaran langsung majlis pelantikan Anwar, beliau dan ahli keluarga tanpa sedar telah mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dan dalam masa sama sebak dengan kejayaan Anwar itu.
Seorang pesara guru ,Andrew Tan, 63, berkata pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri memang ditunggu-tunggu rakyat terutama penduduk di Permatang Pauh, kerana figura itu sangat dikenali di kawasan Parlimen tersebut.
"Kita dapat Perdana Menteri yang bagus la sekarang ini dan memang ditunggu-tunggu oleh rakyat...saya yakin Anwar mampu jadi pemimpin yang terbaik terutama dalam membantu rakyat meningkatkan ekonomi mereka," katanya.
Beliau, yang datang awal ke majlis kesyukuran itu kerana terlalu gembira, berkata Anwar telah berjuang lebih 20 tahun dan sampai masanya semua pihak memberi peluang untuk beliau menguruskan negara.
Bagi Dr Mohamad Abdullah, 65, pula berkata Anwar seorang yang sabar dan tidak mudah putus ada malah bukan mudah untuk seorang bekas banduan yang terpaksa berada di penjara lebih 10 tahun untuk bangun serta berjuang sampai ke tahap sekarang ini.
"Beliau seorang pemimpin yang bekerja keras untuk sampai ke tahap ini demi membantu rakyat dan pandangan saya 24 tahun beliau berjuang namun kita semua doakan Datuk Seri Anwar dapat bantu rakyat terutama dalam isu ekonomi, peluang pekerjaan kepada golongan muda dan menarik lebih banyak pelabur masuk ke negara kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Dr Norlela Ariffin berkata pihaknya tidak menjangkakan kehadiran orang ramai yang melebihi jumlah makanan disediakan iaitu untuk 600 orang.
"Masakan ini dimasak oleh jentera kami (Pakatan Harapan) di sini bagi meraikan pelantikan Datuk Seri Anwar sebagai perdana menteri, dan jumlah yang hadir melebihi jangkaan,pihak penganjur terpaksa memasak dua kali malam ini bagi memastikan semua yang hadir mendapat makanan," katanya menganggarkan hampir 2,000 orang yang hadir.
Dalam pada itu, anak Anwar, Nurul Izza, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh menerusi Facebooknya, memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam majlis tersebut kerana dijangkiti COVID-19.
"InsyaAllah, saya akan bertemu para jentera yang telah membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya. Alhamdulilah, setakat ini saya hanya mengalami gejala ringan. Mohon doakan," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, orang ramai dikejutkan dengan dua kek besar yang dihantar Anwar menerusi petugasnya sebagai kejutan kepada mereka yang hadir di situ.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
![Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669651018_AnwarPerdanaMente.jpg)
G.Subramaniam, yang merupakan kontraktor, berkata niat untuk belanja orang ramai itu kerana beliau dan seluruh ahli keluarganya menunggu lebih 20 tahun untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri. - Foto Sinar Harian
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712718912_Kebakaran.jpg)
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
![Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687693302_Mayatwargaemas.jpg)
Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran
Terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa yang dikenali sebagai Kan Kok Chong, 64.
![Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669651018_AnwarPerdanaMente.jpg)
Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM
Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi
![Polis nafi kejadian lelaki warga emas cabul kanak-kanak perempuan Polis nafi kejadian lelaki warga emas cabul kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656853906_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis nafi kejadian lelaki warga emas cabul kanak-kanak perempuan
Polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
![Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613396084_wargaemasrentung.jpg)
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini.
![Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603988274_wargaemas.jpg)
Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan
Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang tadi.
![Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603726523_Lelakiwargaemas.jpg)
Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Headwork Parit 12 dekat sini, lewat petang tadi.
![Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579096443_MayatTerbaring.jpg)
Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah
Seorang lelaki warga emas, Zulkifle Kassim, 66, di Jalan Lumpur, dekat Alor Setar ditemui mati dan terkunci di dalam rumahnya.
![Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578241487_jiranmeninggalma.jpg)
Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah
Seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama dua hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Golden Dragon, di sini pada Ahad.
![Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574345468_MOLEST.jpg)
Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun
Seorang penjual ubat tergamak mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang di sini minggu lalu.