Seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama dua hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Golden Dragon, di sini pada Ahad.
Difahamkan mangsa yang dianggarkan berusia 80 tahun itu ditemui selepas pihak bomba menerima panggilan dari jirannya berhubung kejadian itu.
Menerusi kenyataan dari jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar menerima panggilan itu pada jam 8.25 malam.
"Kejadian melibatkan seorang mangsa berbangsa Cina berumur 80 tahun terkunci di dalam sebuah rumah.
"Makluman awal dari jiran, mangsa tidak keluar rumah selama dua hari dan mereka telah cuba memanggilnya dari luar namun tiada jawapan. Lalu melaporkan kes kepada bomba.
"Tiada maklumat pengenalan diri berkaitan mangsa dijumpai di rumah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, anggota bomba kemudiannya bertindak memotong mangga di pintu untuk masuk ke dalam rumah dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans.
Ujarnya, kes kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hariri Kamaruddin itu tamat pada pukul 9.10 malam.
Aida Aziz
Sun Jan 05 2020

Difahamkan mangsa yang dianggarkan berusia 80 tahun itu ditemui selepas pihak bomba menerima panggilan dari jirannya berhubung kejadian itu. - Foto ihsan JBPM

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah
Seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama dua hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Golden Dragon, di sini pada Ahad.