Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah pasar raya di Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Norazam Shaari berkata kejadian kira-kira 9.30 malam itu melibatkan mangsa yang berumur 21 tahun yang dalam proses perceraian dengan suaminya itu.
"Mangsa ditikam di bahagian leher, bahu serta dada menggunakan pisau pemotong sayur.
"Mangsa dirawat di unit kecemasan zon merah, Hospital Sultan Ismail, di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Norazam berkata sehubungan kejadian itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil membantu siasatan ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline polis kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222.
Semalam, seorang pengguna Facebook memuat naik dalam laman sosialnya meminta kerjasama orang ramai mencari seorang lelaki yang disertakan dengan gambar.
Dalam paparan itu, pengguna itu mendakwa lelaki berkenaan menikam sepupunya berkali-kali di pasar raya berkenaan.
Turut dimuat naik, video berdurasi 15 saat yang memaparkan mangsa wanita terbaring di atas jalan raya dengan kesan darah yang banyak sambil tangannya memegang leher dan meminta tolong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 12 2018
Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menikam isterinya di sebuah pasar raya di Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Sabtu lepas. -Gambar hiasan
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
Jatuh dari tingkat enam Hospital Sultan Ismail, lelaki OKU mental maut
Mangsa dimasukkan ke hospital pada pukul 12.30 tengah malam, Ahad kerana perlu menjalani pembedahan di lutut kanannya.
Masalah komunikasi punca isu tular pesakit tunggu lama di HSI - Exco
Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilayan di HSI di sini, yang tular menerusi media sosial hari ini, didapati berpunca daripada masalah komunikasi antara pihak hospital dengan keluarga pesakit.
JKNJ jalan siasatan terperinci insiden bayi jatuh di HSI
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), baru-baru ini.
Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA - MB Johor
Seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.
Dua wad HSI dibuka semula selepas tiga tahun ditutup
Dua wad di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, yang ditutup sejak tiga tahun lalu, mula dibuka dan beroperasi semula pada Rabu.
Sembilan cedera nahas tiga kenderaan
Kejadian berhampiran Setia Tropika itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Honda Accord dan Toyota Vios.
Tiga suspek dera kanak-kanak hingga mati didakwa pada Khamis
Tiga suspek termasuk kakak kandung kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut dipercayai didera di Senggarang akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Khamis.
Ibu kanak-kanak maut didera terduduk, menangis lihat jenazah
Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.