Lelaki yang menikam ibunya sehingga mati di Taman Kampung Padang di sini pagi tadi dipercayai mempunyai masalah psikiatri sejak lapan tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.
"Kalau ikutkan rekod, suspek sudah lapan tahun menghidap penyakit ini. Kita masih lagi menyiasat motif kejadian dan akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa Sefiah Hamid, 62, dipercayai ditikam suspek berusia 38 tahun dan tidak bekerja itu antara jam 8.30 hingga 10.30 pagi di ruang tamu rumah mereka.
BACA: Ibu maut ditikam anak sendiri
BACA: "Aku dah bunuh mak"
Suspek kemudiannya dipercayai menolak jenazah mangsa yang diletakkan di atas kerusi roda sejauh 50 meter sehingga menyebabkan orang ramai menyedari kejadian tersebut dan terus menghubungi polis.
Sewaktu lelaki itu menolak kerusi roda, suspek bertindak menikam adik perempuannya yang kebetulan tiba di tempat kejadian bersama teman lelakinya
Dalam pada itu, beliau berkata, akibat itu Masitah Mustafa, 26, yang merupakan adik suspek mengalami cedera parah di belakang badan manakala teman lelakinya, Mohammad Azizan Awang, 37, cedera di lengan.
"Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk proses pengebumian.
"Mangsa yang cedera turut menerima rawatan di HTAA dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.
Noraniza Kamsani
Tue Nov 12 2019
Dalam kejadian itu, mangsa Sefiah Hamid, 62, dipercayai ditikam suspek berusia 38 tahun dan tidak bekerja itu antara jam 8.30 hingga 10.30 pagi di ruang tamu rumah mereka. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Anak tikam ibu sampai mati gara-gara sering dimarahi kerana masalah kewangan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada 5.49 petang, pada Selasa.
Lelaki tikam ibu ada masalah psikiatri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusuf Ali berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan tidak bekerja.