HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga emas tergamak mengelar leher anaknya sendiri menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa mengubah saluran televisyen di kediaman mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, suspek berusia 71 tahun itu mengaku berlaku pertengkaran di antara dia dan anak lelakinya berusia 37 tahun pada pagi hari kejadian berpunca daripada mangsa yang menukar saluran televisyen.
Menurutnya, dalam pertengkaran tersebut, suspek bertindak menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai sebelum bertindak mengambil pisau di dapur dan mengelar leher anaknya sebanyak tiga kali hingga mati.
"Siasatan polis mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam dipercayai bukan berpunca daripada bunuh diri tetapi dilakukan pihak ketiga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, sebelum itu suspek mendakwa kononnya dia telah pergi ke kedai runcit sekitar jam 12 tengah hari dan sejurus pulang, dia menemui anak lelakinya itu berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan.
Katanya, suspek turut meminta jirannya menghubungi polis bagi memaklumkan berhubung kecederaan di bahagian leher anaknya itu.
Sementara itu, Arsad berkata, polis berjaya merampas pisau yang digunakan suspek untuk mengelar mangsa dalam serbuan di rumah mereka, termasuk baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek.
"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing terhadapnya didapati negatif dadah.
"Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
![Lelaki tergamak kelar leher anak hanya kerana ubah saluran televisyen Lelaki tergamak kelar leher anak hanya kerana ubah saluran televisyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634744438_CrimeScene.jpg)
Seorang lelaki warga emas tergamak mengelar leher anaknya sendiri menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa mengubah saluran televisyen di kediaman mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam di sini pada Rabu. -Gambar hiasan
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia di jangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/71448361862_Babyhands.jpg)
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Lelaki tergamak kelar leher anak hanya kerana ubah saluran televisyen Lelaki tergamak kelar leher anak hanya kerana ubah saluran televisyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634744438_CrimeScene.jpg)
Lelaki tergamak kelar leher anak hanya kerana ubah saluran televisyen
Suspek bertindak menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai sebelum bertindak mengambil pisau di dapur dan mengelar leher anaknya sebanyak tiga kali.
![Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598402085_KrystalLewFortWorth.jpg)
Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah
Ketika menjawab soalan berkaitan kehilangan anaknya, tiba-tiba wanita berkenaan memberitahu pegawai operator 911 mengenai perbuatannya terhadap kanak-kanak malang itu.