TAWAU: Sedih namun pasrah... itu yang dirasakan oleh mangsa kebakaran Irwan Mapiasah apabila ibu dan kakaknya rentung selepas gagal diselamatkan dalam insiden kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini tengah malam Ahad.
Irwan, 42, berkata ibunya Sadiah Jabar, 80, ditemukan dalam keadaan tertiarap di depan pintu utama manakala kakaknya Kamisah, 49, di katil sebuah bilik.
"Ketika kejadian, saya berada di rumah sendiri bersama isteri serta tujuh anak berumur antara 5 hingga 15 tahun sementara ibu serta dua anak saudara dan kakak pula tinggal di sebelah rumah kami.
"Saya ketika itu sedang bermain permainan video... tiba-tiba lampu rumah berkelip-kelip, saya tanya kepada isteri dan pada waktu sama, adik yang berada di rumah sebelah berteriak meminta tolong, saya tengok melalui tingkap api sudah marak," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Terkejut dengan kejadian itu, Irwan mengarahkan isterinya mengejutkan anak mereka dan berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri.
"Saya terus berlari ke rumah ibu untuk menyelamatkannya, saya dengar suara mereka minta tolong, beberapa kali saya cuba meredah api untuk masuk ke rumah ibu tapi saya gagal, kayu jatuh dengan api kuat.
"Dua anak saudara saya berjaya keluar menyelamatkan diri," katanya.
Dalam pada itu, Irwan yang melecur di lengan kiri ketika cuba menyelamat ahli keluarganya tetap bersyukur kerana yang masih selamat.
"Bagaimanapun, kami reda dengan kejadian ini serta menganggap ia adalah takdir dan ketentuan Ilahi," katanya sambil menambah jenazah kedua-dua mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3 selepas urusan tuntutan mayat selesai.
Insiden pada kira-kira 12.30 tengah malam itu menyaksikan tiga rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi masing-masing terbakar 40 peratus dan 60 peratus.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan Rina Jainal, yang melawat lokasi kebakaran, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan Parti Harapan Rakyat Sabah sedang meneliti bantuan untuk mereka yang terjejas.
Beliau berkata buat permulaan, parti itu menyumbangkan RM1,000 bagi membantu meringankan beban keluarga yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Irwan Mapiasah (bawah, kanan) pasrah ibu dan kakaknya gagal diselamatkan dalam insiden kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama tengah malam Ahad. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Lelaki sedih namun pasrah tidak dapat selamat ibu, kakak rentung
Irwan berkata ibunya Sadiah Jabar, ditemukan dalam keadaan tertiarap di depan pintu utama manakala kakaknya Kamisah di katil sebuah bilik.