JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di kawasan Bandar Baru Permas Jaya di sini dengan bersenjatakan pistol mainan pada 31 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan di kawasan Masai pada 3 petang Khamis.
Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 2.32 petang, lelaki terbabit telah masuk ke dalam kedai emas tersebut sebelum melakukan samun menggunakan pistol mainan.
"Susulan itu, seorang wanita tempatan berusia 19 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan pada hari yang sama, jam 5.35 petang.
"Bertindak atas maklumat pada jam 3 petang Khamis, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan berjaya menahan suspek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, menerusi serbuan itu pihak polis merampas sebuah kereta Proton Saga, satu telefon bimbit, satu unit objek menyerupai kepala naga warna kuning, dua utas rantai tidak sempurna warna kekuningan, lima ketulan emas dipercayai rantai emas yang dipotong dan beberapa resit.
Tambah beliau, hasil semakan suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis methamphetamine.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan.
"Kes tersebut juga disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sebat selain daripada apa-apa seksaan yang boleh dikenakan di bawah mana-mana seksyen kanun keseksaan yang lain," katanya.
Raub juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023

Hasil semakan suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing suspek positif dadah jenis methamphetamine. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pengawal peribadi mengaku tidak bersalah tunjuk pistol terhadap pekerja kedai emas
Seorang pengawal peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan pistol terhadap dua pekerja kedai emas semasa rompakan di sebuah pusat beli-belah.

Polis buru 2 penjenayah rompak kedai emas dalam pusat beli-belah terkenal
Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Peniaga mahu siasatan, pemeriksaan menyeluruh di lokasi insiden tanah jerlus
Para peniaga di Jalan Masjid India berharap agar pihak berkuasa akan melakukan siasatan serta pemeriksaan menyeluruh mengenai keadaan tanah di kawasan itu.

Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah hari, mangsa didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.

Rompakan kedai emas Kajang: Kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.

Samun kedai emas di Kota Warisan, 4 suspek diburu
Seramai tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam pasar raya, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Konsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan
Lelaki didakwa memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan Tengku Bendahara Kelantan.

Tiga lelaki terlibat samun bersenjata api ditahan
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di tiga negeri berkenaan.

Wanita larikan bar emas 100 gram
Polis menahan seorang wanita yang melarikan satu bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Kampung Jawa selepas berpura-pura kononnya mahu melihatnya secara dekat,