Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis hiburan yang bersambung dengan rumah pekerja di Kampung Gambaron II Telupid, di sini awal pagi ini.
Mayat mangsa, Edmund Teddy, 18, ditemui di lantai tingkat bawah premis berkenaan manakala pelanggan dan pekerja yang berada di pusat hiburan itu dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata mangsa bukan pekerja di pusat hiburan itu dan dikatakan menumpang tidur di sebuah bilik rakannya di rumah pekerja berkenaan.
Menurutnya siasatan awal mendapati kebakaran bermula di dapur rumah pekerja yang bersambung dengan pusat hiburan itu.
"Oleh kerana premis itu diperbuat daripada papan sepenuhnya, api merebak dengan cepat dan membakar keseluruhan bangunan tersebut," katanya di sini hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.
Beliau berkata punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan masih diteruskan.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam satu kenyataan berkata Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 pagi.
Disebabkan lokasi kejadian sejauh 101 kilometer, anggota bomba tiba pada pukul 3.32 pagi dan api dapat dikawal 15 minit kemudian, tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2017
![Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465391292_BurnAlive.jpg)
Seorang lelaki rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah premis hiburan yang bersambung dengan rumah pekerja di Kampung Gambaron II Telupid, di sini awal pagi ini. -Gambar hiasan
![Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659856762_AbdulLatifBandi.jpg)
Mahkamah Rayuan kekal keputusan lucut hak aset milik bekas Exco Johor dan lapan lagi
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pendakwaan melucut hak aset bernilai lebih RM3.2 juta milik bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan lapan lagi.
10 Berita Pilihan - (17 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708753549_PADU.jpg)
Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
![Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Polis Thailand temukan sianida dalam teko teh di bilik hotel enam individu maut
Bukti forensik mendapati cawan yang diletakkan di bilik terlibat mengandungi sianida.
![UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721224074_UPSI.jpg)
UPSI salur bantuan kepada keluarga arwah Nur Farah Kartini
UPSI menyalurkan bantuan kepada keluarga bekas pelajarnya Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, termasuk kos penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh mereka berada di Tanjung Malim.
![Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Pemandu lori diserang sakit jantung, langgar enam kenderaan, dua maut
Seorang pemandu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain.
![Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222103_ZahidHamidi.jpg)
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - TPM
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.
![EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716854859_tbJosepBorrellFont.jpg)
EU gesa Rusia terima tanggungjawab tembak jatuh MH17 pada ulang tahun ke-10 tragedi
EU mengulangi sokongan penuh untuk semua usaha dalam menegakkan kebenaran, keadilan, dan akauntabiliti, selaras dengan Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.
![Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721227164_TBTIKAM.jpg)
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.
![Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Perhalusi gaji premium TVET antara cadangan dimuktamad oleh JTDC - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata cadangan memperhalusi gaji premium bagi graduan TVET dijangka mampu diperluas ke negeri lain.
![Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81465391292_BurnAlive.jpg)
Lelaki rentung dalam kebakaran pusat hiburan
Mayat mangsa, Edmund Teddy, 18, ditemui di lantai tingkat bawah premis berkenaan.