PORT DICKSON: Penunggang motosikal yang tular merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya (SJR), Ahad lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis.
Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguatkuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, dari menjalankan fungsi amnya.
Kesalahan itu dilakukan pada 17 September 2023, jam lebih kurang 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum kerana perlu menanggung seorang anak dan isteri yang sedang mengandung selain telah diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Izzaty Mohd Zainal mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang awam supaya tidak menghalang tugas penjawat awam.
Selain itu katanya, perlu mengambil kira kecederaan dialami anggota JPJ terbabit.
Media sebelum ini melaporkan kejadian berlaku susulan tular video yang memaparkan seorang anggota penguat kuasa JPJ terpelanting selepas dirempuh suspek yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.
JPJ dalam kenyataannya berkata, kejadian itu mengakibatkan anggota JPJ terbabit mengalami cedera pada otot leher, kepala serta bengkak pada tangan dan kaki, namun dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Port Dickson.
"Hasil pemeriksaan x-ray dijalankan, pihak hospital mengesahkan kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dibenarkan pulang sebaik selesai menjalani rawatan," katanya.
Ujarnya, hasil siasatan Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan mendapati suspek mempunyai dua senarai hitam masih aktif dan diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Kesalahan yang dilakukan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh pada 18 Julai 2012 dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 23 (1) APJ 1987 serta tiada perlindungan insurans (Seksyen 90 (1) APJ 1987.
"Selain itu, dia turut disenarai hitam atas kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) mengikut Seksyen 6 (1) APJ 1987 serta tindakan sita mengikut Seksyen 64(1) APJ 1987," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Nor Khairul Azwa diiringi polis di mahkamah. - Foto Sinar Harian
Lelaki warga emas didakwa hari ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa menampar bukan Muslim kerana makan di tempat awam pada Ramadan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan mencederakan mangsa. #AWANInews
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
dua pemanduuPolis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu. #AWANInews

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas keputusan FED mengenai kadar faedah
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4405/4480 daripada dolar US berbanding 4.4450/4490 ketika ditutup pada Isnin.
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Pada awalnya, Ahli Parlimen Bera itu beri keterangan semalam, namun, ditangguhkan ke hari ini tanpa sebarang sebab diumumkan.
Sasar RM180 bilion jualan hartanah, memahami cabaran
Menteri KPKT, Nga Kor Ming, mengumumkan sasaran jualan hartanah RM180 bilion merentas semua sektor tahun ini dan kerjasama dengan REHDA Malaysia untuk menganjurkan Persidangan Hartanah ASEAN (AREC) 2025. Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai sasaran ini?

Bintang bola sepak meninggal dunia ketika selamatkan mangsa kebakaran dalam kelab malam
Lazarov, yang bermain sebagai pemain tengah untuk Shkupi, adalah antara yang hadir ketika api merebak dengan cepat.
AWANI Pagi: Mengurus kesihatan mental dari perspektif dakwah
Diskusi AWANI Pagi, Rabu bersama Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengupas mengenai bulan Ramadan yang menjadi bulan dakwah untuk penyembuhan termasuk menangani cabaran serta menawarkan penyelesaian isu kesihatan mental.

Puasa 60 minit di Murmansk
Tempoh puasa sejam itu berlaku ketika musim sejuk, disebabkan fenomena polar night.
Zakat: Membersihkan harta, menangkis syubhah
Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh, Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, menerangkan asas falsafah dan teologi zakat dalam Islam, bagaimana zakat membersihkan harta dan melindungi daripada syubhah, serta peranan institusi zakat dalam meningkatkan kepercayaan umat Islam.

Lelaki rempuh anggota JPJ di SJR didenda RM5,000
Penunggang motosikal yang tular merempuh pegawai penguat kuasa JPJ ketika sekatan jalan raya didenda RM5,000.

Rempuh anggota JPJ, lelaki direman empat hari
Seorang lelaki yang dipercayai merempuh seorang anggota penguat kuasa JPJ ketika menjalankan tugas sekatan jalan raya, direman empat hari.