GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang juga penagih dadah kerana terlibat dalam kejadian ragut beg tangan seorang wanita sehingga mangsa cedera di tangan, di Lorong Selamat, di sini Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di Simpang Ampang, Seberang Perai Selatan (SPS) dekat sini, pukul 12.15 tengah malam semalam (14 Jan), hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.
"Berdasarkan siasatan awal mendapati lelaki yang tidak bekerja itu disyaki terlibat dengan beberapa kes ragut di negeri ini termasuk dua kes ragut di kawasan George Town tahun ini.
"Susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas beberapa barangan antaranya dua buah telefon bimbit, baju, topi keledar, tiga kad bank dan wang tunai, serta menyita sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda untuk siasatan lanjut," katanya.
Soffian berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapethamine, selain turut mempunyai lima rekod jenayah lampau dan kini direman sehingga 18 Jan, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun dengan mendatangkan kecederaan.
Video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis turut mengesahkan menerima laporan mengenai insiden wanita itu, dilihat diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna hitam.
Lelaki itu menghampiri dan meragut beg tangan mangsa yang disangkut di atas bahu kanannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan selain turut mengalami kerugian kira-kira RM2,800.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Polis menahan seorang lelaki yang juga penagih dadah kerana terlibat dalam kejadian ragut beg tangan seorang wanita sehingga mangsa cedera di tangan, di Lorong Selamat, Khamis lepas. - Gambar hiasan
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang juga penagih dadah kerana terlibat dalam kejadian ragut beg tangan seorang wanita sehingga mangsa cedera di tangan, di Lorong Selamat, Khamis lepas.