SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki kerana memandu secara berbahaya, termasuk memandu melawan arus trafik, selepas lelaki itu enggan memberikan kerjasama semasa diminta memberhentikan kereta ketika pemeriksaan Op Selamat di Kilometer 15 Seremban-Port Dickson dekat sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Muhamad Mustafah Hussin berkata kejadian berlaku pada pukul 11 pagi semasa lelaki berumur 25 tahun itu cuba melarikan diri dengan memecut menghala susur keluar ke Lukut, dipercayai kerana takut, berikutan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan telah tamat tempoh.
Beliau berkata lelaki bersama isteri dan tiga anaknya itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kedah ke Port Dickson semasa kejadian.
"Lelaki yang turut memandu secara melawan arus itu berjaya ditahan di tepi jalan di Taman Sentosa, Lukut, dan polis mengeluarkan saman atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta tiada lesen memandu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya ujian saringan air kencing mendapati lelaki yang memiliki lapan rekod jenayah lampau itu positif dadah jenis metamfetamina, dan dia dibawa ke Mahkamah Seremban pagi ini untuk permohonan reman.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022

Kes disiasat polis di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis siasat kejadian tular individu pegang objek disyaki pistol
Polis Daerah Kuala Terengganu menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung kes berkenaan yang tular di media sosial.

Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri
Wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.

Pemandu lori didakwa sebabkan kematian tiga anggota tentera
Huzaifah didakwa memandu lori terbabit dalam keadaan berbahaya di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara daerah Kuala Muda.

Cubaan elak polis, lelaki didenda kerana memandu secara berbahaya
Mahkamah memerintahkan seorang lelaki membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Polis buru pemandu Myvi samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di MRR2 berhampiran Taman Layang-layang di sini, yang tular di media sosial.

Pemandu Audi A4, Toyota Wish memandu secara berbahaya ditahan
Memandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba dan memotong di lorong kecemasan.

Polis tahan pemandu Toyota Alphard memandu secara berbahaya
Suspek yang ditahan kira-kira jam 2 petang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.

Lelaki positif dadah ditahan kerana memandu secara berbahaya, halang tugas polis
Lelaki berumur 25 tahun itu cuba melarikan diri dengan memecut menghala susur keluar ke Lukut.

Pemandu bas ditahan memandu secara berbahaya
Suspek mempunyai 51 rekod saman kesalahan trafik termasuk lima waran tangkap.