KOTA BHARU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu pada 10 Mei lepas akibat perselisihan faham.
Md Syahrul Efendi Muhamad, 47, didakwa memukul Noraziati Mohd Rebuih, 37, pada 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Berhala Banggu di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu, jika sabit kesalahan
Hakim Nik Habri Muhamad membenarkan Md Syahrul Efendi diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang buruh kampung didakwa memukul abangnya menggunakan sebatang kayu hoki kanak-kanak di rumah mereka di Kampung Pengkalan Feri, Seberang Salor, pada 11 Mei lepas.
Mohd Zulakip Mohd Kori, 24, dituduh memukul Mohd Zulkharnain pada 7.30 pagi disebabkan perselisihan faham dan turut didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Hakim Nik Habri menetapkan 13 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh Md Syahrul Efendi dan Mohd Zulakip masing-masing diwakili peguam Ahmad Nurie Ab Rahman dan peguam Asmadi Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686065369_tukulmahkamah.jpg)
Md Syahrul Efendi Muhamad didakwa memukul Noraziati Mohd Rebuih pada 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Berhala Banggu di Kota Bharu. - Gambar hiasan
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686065369_tukulmahkamah.jpg)
Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu
Seorang lelaki OKU mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu.
![Lelaki diserang sawan ditemui mati dalam parit Lelaki diserang sawan ditemui mati dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694087373_Rainol.jpg)
Lelaki diserang sawan ditemui mati dalam parit
Mayat Rainol Majangkir, 37, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 2 petang sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
![Lelaki OKU hilang ketika main air banjir Lelaki OKU hilang ketika main air banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644470279_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Lelaki OKU hilang ketika main air banjir
Kehilangan Muhamad Faizal Abd Rahman disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.
![Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614067169_Keretarempuhkedai.jpg)
Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan menyebabkan seorang tukang masak maut.