ALOR SETAR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis sebelum dipercayai melakukan jenayah samun dan cabul, ditahan dalam satu serbuan di hadapan sebuah premis di Taman Sri Pendang, Pendang, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Pendang DSP Aariz Sham Hamezah berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada 3.30 petang selepas seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek yang merampas telefon bimbit dan mencabul isterinya.
"Mangsa mendakwa suspek yang menunggang motosikal seorang diri telah menghampirinya ketika sedang membaiki kereta seorang rakannya yang rosak di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak kira-kira pukul 12.30 tengah malam.
"Suspek kemudiannya telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada mangsa dan rakannya. Suspek telah meminta kad pengenalan kedua-dua lelaki berkenaan untuk semakan sebelum merampas telefon bimbit milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aariz Sham berkata suspek kemudian meminta mangsa untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang sekiranya mahu mengambil telefon bimbit miliknya semula, sebelum beredar.
"Bagaimanapun, suspek telah menghubungi isteri mangsa melalui telefon bimbit milik mangsa sebelum memberitahu bahawa suaminya berada dalam tahanan polis. Suspek mendakwa kononnya dia boleh melepaskan mangsa dan mengajak wanita itu untuk berbincang di sebuah kawasan perumahan.
"Wanita yang bimbang itu telah berjumpa suspek dengan menaiki kereta dan sebaik tiba di lokasi perjumpaan, suspek telah masuk ke dalam kereta dan meminta wanita berkenaan untuk terus memandu," katanya.
Beliau berkata suspek disyaki mengambil kesempatan dan mengajak wanita itu untuk melakukan hubungan seks, namun ia ditolak sehingga menyebabkan suspek berang dan kemudiannya mencabul isteri mangsa.
"Mangsa dan isterinya yang sedar mereka ditipu oleh suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan susulan daripada itu sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek. Dalam serbuan itu, polis turut merampas beg dan kotak hitam yang berisi dadah jenis syabu, kondom dan telefon bimbit.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu (30 Jan) dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK dan Seksyen 392 KK," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin lalu (30 Jan) dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 170 KK dan Seksyen 392 KK. - Gambar hiasan
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Empat rakan didakwa rompak berkumpulan, menyamar sebagai polis
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hampir sebulan baru sedar ditipu 'Inspektor Hazizi'
Mangsa berusia 36 tahun itu hanya sedar dirinya ditipu setelah hampir sebulan dan melakukan tujuh pindahan wang ke enam bank berbeza.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Dua pelajar sekolah antara tiga ditahan menipu, menyamar anggota polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan ketiga-tiganya akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada esok.
Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis
Seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu phone scam
Wanita berusia 72 tahun itu yang merupakan seorang pesara swasta, membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam.
Bapa tiga anak dipenjara, denda menyamar polis, maki anggota
Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan termasuk menyamar sebagai pegawai polis dan menggunakan kekerasan jenayah.
Tiga lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara-Selatan
Polis masih mengesan pemilik kedua-dua kenderaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Pesara kerajaan rugi hampir RM1 juta diperdaya 'pegawai LHDN', 'Datuk'
Seorang pesara awam berputih mata selepas kerugian RM845,450 akibat diperdaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, awal bulan ini.