SEPANG: Perbuatan seorang lelaki disyaki mabuk yang mengambil makanan dengan menggunakan jari di sebuah restoran di Cyberjaya, di sini pada Khamis bertukar kecoh selepas ditegur pekerja premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengurus premis restoran terkenal itu dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada pekerjanya kira-kira jam 7.30 petang.
Menurutnya, pengurus berusia 48 tahun yang bergegas ke premis mendapati beberapa barangan telah dirosakkan seperti pinggan selain lauk yang tercemar dan terpaksa dibuang.
"Siasatan awal polis mendapati tiga lelaki tempatan datang ke restoran terbabit untuk makan.
"Salah seorang daripada lelaki itu kemudian telah menggunakan jarinya untuk mengambil lauk di bahagian nasi kandar dalam keadaan mabuk.
"Kemudian pekerja premis telah menegur supaya tidak membuat sedemikian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, akibat ditegur, suspek telah bertindak agresif dan memukul pekerja premis.
Katanya, salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.
Susulan itu, tambah Wan Kamarul Azran, polis telah menahan tiga suspek berusia 50 dan 51 tahun pada Jumaat.
"Penahanan pertama dibuat pada jam 1.40 pagi di pekarangan Balai Polis Cyberjaya manakala dua lagi ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang kira-kira jam 10 pagi.
"Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324, Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023

Suasana di sebuah restoran di Cyberjaya bertukar kecoh selepas berlaku kejadian pukul pada Khamis. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari
Salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.